CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 0

Masa depan Xhaka di Arsenal masih jadi persoalan

[Copy link]
Post time 27-5-2023 12:27 PM | Show all posts |Read mode

XHAKA cemerlang bantu Arsenal. -FOTO AFP

London: Mikel Arteta memuji pengaruh Granit Xhaka membantu Arsenal dalam mencabar kejuaraan musim ini tetapi masih tidak pasti sama ada pemain tengah itu akan terus kekal berada di kelab itu musim depan.

Xhaka menjadi nadi utama bersama Thomas Partey di bahagian tengah dalam percaturan Arteta untuk musim ini dan menjadi pemain yang dihormati dan menebus kembali dirinya di mata penyokong selepas bergaduh dengan mereka pada 2019 yang mengancam tempatnya dalam skuad.

Kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen antara yang dikaitkan dengan perpindahan pemain berusia 30 tahun itu yang mana kontraknya akan tamat pada akhir musim depan.

Dia menghabiskan empat tahun di Jerman bersama Borussia Monchengladbach sebelum Arsene Wenger membawanya ke Arsenal pada 2016 dengan harga kira-kira £30 juta (RM170.40 juta) tetapi dia mempunyai hubungan yang tegang dengan peminat dan kemuncak perbalahan itu adalah apabila dia digantikan semasa perlawanan menentang Crystal Palace di Emirates empat tahun lalu.

Kemudian pengurus Unai Emery kemudiannya melucutkan tugasnya sebagai kapten dan masanya di kelab kelihatan suram.

Namun musim ini menyaksikan kebangkitan pemain antarabangsa Switzerland itu apabila Arsenal memberi tekanan kepada Manchester City sehingga ke minggu-minggu terakhir musim dalam perebutan gelaran dan kembali ke Liga Juara-Juara selepas enam tahun tidak beraksi.

"Bagi saya (dia) penting sangat penting di setiap peringkat dan saya fikir untuk pasukan dan kelab juga," kata Arteta, yang berkata dia tidak akan mengulas mengenai masa depan mana-mana pemain sehingga selepas Ahad ini. Perlawanan akhir Liga Perdana mereka adalah menentang Wolves.

"Ketika saat hebat yang kami tempuh musim ini selepas berdepan keadaan yang sukar. saya fikir kami sudahpun menjadi kelab yang dengan pemain yang lebih baik. Kami faham mengenai beberapa situasi lebih baik daripada hanya menilai mereka.

"Saya fikir kelab dan ramai orang melakukan yang terbaik untuk berada di sana dan memahami apa yang berlaku secara emosi dan mengapa reaksi itu berlaku.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... asih-jadi-persoalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035394 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list