CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

[Kelantan] Tekong seludup 18 warganegara Myanmar dicekup

[Copy link]
Post time 27-5-2023 09:28 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA warganegara Myanmar yang ditemui dalam keadaan berhimpit di Jalan Bunut Sarang Burung, Tumpat ketika Op Taring Wawasan di Tumpat semalam. FOTO: Ihsan PDRM

Kota Bharu: Polis Kelantan menahan seorang lelaki yang dipercayai sebagai tekong yang terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia ketika Op Taring Wawasan di Tumpat malam semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, bertindak atas maklumat kira-kira jam 7.15 malam semalam, sepasukan pegawai bersama anggota Strike Force Kompeni C Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) menjalankan tugas pemantauan dan intipan di lorong belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Neting, Tumpat.

Katanya, ketika sedang membuat intipan, anggota bertugas ternampak sebuah van yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan menghala ke arah Jalan Pak Keral.

"Dengan bantuan unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, van berkenaan berjaya ditahan di hadapan SK Berangan, Jalan Bunut Sarang Burung.

"Sebaik sahaja van itu berhenti, dua lelaki bertindak keluar dari kenderaan untuk melarikan diri, bagaimanapun salah seorang daripada mereka berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan manakala seorang lagi berjaya melarikan diri ke kawasan hutan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, hasil pemeriksaan polis di bahagian belakang van berkenaan menjumpai 18 warganegara Myanmar terdiri daripada 13 lelaki dan lima wanita.

"Hasil siasatan mendapati kesemua warganegara Myanmar yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah dan mereka disyaki memasuki Malaysia dari Thailand melalui jalan yang tidak diwartakan.

"Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Jambu bagi tindakan seterusnya," katanya.

Katanya, anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM31,000.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 26a Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan penyeludupan migran dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ara-myanmar-dicekup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.298800 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list