CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

[Terengganu] 'Saya takkan sentuh satu sen pun duit sumbangan Ainun Mardiah'

[Copy link]
Post time 27-5-2023 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Berang: Satu sen pun sumbangan orang ramai tidak akan diusik untuk kegunaan peribadi.

Itu janji Mat Lazim Jusoh, 40, bapa kepada pelajar Kolej Yayasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Ainun Mardiah, 19, yang terpaksa keluar dari asrama kolej akibat masalah kewangan pada Mac lalu.

Mat Lazim berkata, dia akan menggunakan kudratnya bagi mencari rezeki bagi membiayai makan minum keluarganya.

"Kita masih mempunyai kudrat untuk berkerja termasuk mengambil upah mengait kelapa sawit dan membaiki kediaman penduduk.

"Walaupun upah diterima tidak lumayan, tetapi cukuplah bagi membeli beras dan lauk pauk untuk makan sekeluarga," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Ara, di sini, hari ini.

Mat Lazim dan isteri, Rosalindawati Abd Rahman, 45, serta Ainun Mardiah sebelum itu dikunjungi jawatankuasa Alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (MySESMA) dan Persatuan Solidariti Nasional (Persona) diketuai Mohd Zuber Embong.

Turut hadir, Penaung Persona, Datuk Jafri Abdul Razak, Penasihat Pesona negeri, Datuk Amran Husin, Pengerusi Persona negeri, Dr Mohd Fadzil Baharuddin, Timbalan Presiden MySesma, Afillah Mohd, Ketua Eksekutif Kolej Ketengah, Mohd Razali dan Setiausaha Urusetia Umno Dewan Undangan negeri (DUN) Ajil, Abdullah A Rahman.

Pada pertemuan itu, Mohd Zuber, Amran dan Jafri menyumbangkan bantuan kewangan bagi mengurangkan bebanan Ainun Mardiah yang juga penuntut tahun tiga Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang terpaksa keluar daripada asrama berikutan ketiadaan wang belanja harian pada 27 Mac lalu.

Selasa lalu, Harian Metro melaporkan kisah Ainun Mardiah yang terpaksa keluar dari asrama dan tidak menghadiri kuliah berikutan kekangan kewangan dihadapi keluarganya.

Sejak kisah Ainun Mardiah disiarkan, pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan tampil membantu keluarga Mat Lazim yang menyewa sebuah pondok di dalam kebun sejak tujuh tahun lalu.

Mat Lazim mengakui tidak tergamak menggunakan wang hasil sumbangan orang ramai untuk membiayai kehidupan seharian kerana duit itu didermakan bagi membiayai pengajian Ainun Mardiah.

Dia juga kesal apabila dituduh mula malas berkerja walaupun dipanggil penduduk dan menggunakan wang sumbangan bagi membiayai kehidupannya termasuk membeli beras dan perkakas dapur.

"Kita dan isteri tidak tahu jumlah keseluruhan hasil sumbangan orang ramai didermakan kepada Ainun Mardiah.

"Kita masih mampu untuk bekerja dan mencari rezeki sekadar membeli perkakas dapur, tidak terlintas pun untuk menggunakan wang disumbangkan kepada Ainun Mardiah bagi membeli perkakas dapur," katanya.

Mat Lazim mengakui punca utama dia tidak memohon bantuan daripada agensi kerajaan adalah untuk mengelak daripada difitnah.


MOHD Zuber berkata sesuatu kepada Ainul Mardiah (dua kiri) disaksikan Rosalindawati (kiri) hari ini. FOTO Baharom Bakar

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nun-mardiah-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.458011 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list