CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3982|Reply: 97

[Tempatan] Di bawah jagaan si bapa bukan Islam, anak 9 tahun ini dipaksa minum arak,dibuli dan didera,bapanya bersekedudukan tapi bapanya tetap diberi hak penjagaan oleh HAKIM dan dipisahkan dari ibu Islamnya

  [Copy link]
Post time 26-5-2023 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 26-5-2023 11:40 PM

Apabila berlaku perceraian, anak-anak selalu menjadi mangsa keadaan. Di usia yang masih kecil, mereka tidak diberikan hak untuk memilih mengikuti ibu atau bapa, sebaliknya hak itu ditentukan oleh mahkamah berdasarkan bukan pertimbangan setelah meneliti beberapa perkara utama.
  


Tular di media sosial semalam, perkongsian dari Yuseri Yusoff, mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun terpaksa berpisah dengan ibunya ekoran keputusan mahkamah telah menetapkan hak itpenjagaan diberi kepada bapanya.

“Hari ini (25 Mei 2023, Khamis) di mahkamah. Anak perempuan berusia 9 tahun ini merupakan anak kepada pasangan orang asli yang telah berpisah. Setelah berpisah, si ibu telah memeluk agama Islam, bersama dengan anak yang dijaganya. Manakala si bapa bukan Islam.

“Isunya, semasa berada di bawah jagaan si bapa, anak ini dipaksa minum arak. Selain itu, bapanya bersekedudukan dengan perempuan dan tidak mempedulikan tentang anaknya sebelum ini.

“Ketika dijaga oleh bapanya, si anak ini diserahkan ke merata tempat dan menjadi mangsa penderaan dan buli, sebelum si ibu membawanya lari ke Terengganu,” katanya.

Jelas Yuseri, perkara itu diketahui oleh si bapa yang kemudian membuat permohonan mendapatkan hak penjagaan dengan bantuan daripada beberapa NGO yang sudi menyediakan khidmat guaman dari firma terkemuka. Sedangkan si ibu kepada kanak-kanak itu tidak berkemampuan dan hanya berharap pada Biro Bantuan Guaman.

Tadi ya hakim enggan mendengar permohonan daripada peguam pihak ibunya dengan alasan si ibu tidak hadir sebelum ini. Selain terus mengeluarkan perintah habeas corpus di mana si ibu perlu menyerahkan anak kepada bapanya kandungnya.

“Hakim juga menolak permohonan lanjutan masa (EOT), maka anak tadi terpaksa diserahkan kepada bapanya, emmbuatkan anak itu menangis kerana tidak mahu berpisah dengan ibunya,” ujarnya.

Difahamkan, Yuseri dan beberapa peguam yang dikenalinya akan membantu wnaita berkenaan untuk memfailkan rayuan agar kanak-kanak itu dapat kembali ke pangkuan ibunya.

Sumber: Instagram Yuseri Yusoff

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya nasib kamu dik. Semoga semuanya baik-baik diakhirnya.. tak faham juga kenapa hakim bg hak penjagaan pada apaknya.. selalu bg kat mak. Civil or syariah courts both selalu lebih pada maternal rights melainkan maknya tu memang ada kes jenayah ke apa lah. Wondering.. mau tau lebih lanjutttt
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 27-5-2023 03:47 AM

Adakah bapak usahakan dapat penjagaan anak sebab nak sakitkan hati bekas isteri?



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
takut plak utk nasib budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai giler dah orang marah pasal kes ni. Mungkin akan ada perkembangan baik lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 02:58 AM | Show all posts
Ya Allah. Kesiannya anak ini. Yg dinamakan keadilan di sini,  untuk kebajikan kanak2 tersebut atau kepuasan org dewasa? Baru sembilan thn tu dan dia mahu bersama ibunya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2023 03:33 AM | Show all posts
Cerita hasil nukilan mamat  Yuseri Yusuf?
ermm.. mamat ni, memang storyteller.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Hakim mana yg vodow bertiang ni? Plis name and shame supaya rakyat mesia bleh bergilir2 lontaq teluq busuk kat keta dia...

Bebudak yg dah besaq mcm ni slalunya hakim pi tanya kat bebudak jahh, nak dok dgn sapa.. hakim ni tak pi kursus ka apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2023 04:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa Hakim tersebut? Hakim x Hakim, bkn kebal pun. Jatuh tersepak batu berdarah jgk dahi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada member pun kes mcm ni. 4beradik. Bapak amik 2org anak laki,jadi ikut agama buddha. Mak amik 2org anak pompuan, jadi agama islam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan lepas 5 tahun ke 7 tahun bole pilih dok dgn sape ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Liberal mesti happy..kebebasan beragama katanya...harus percaya semua agama menuju ke syurga tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 09:21 AM | Show all posts
kat sini ada cgu india.  parents cerai masa dia kecik. apak masuk Islam n amik dia.. mak kekal hindu. bila dah sekolah. dia lari tinggal dgn mak. tak convert pun masa tinggal dgn apak ya. IC pun nama india lagi.
tp kecoh nya la org kampung bergossip dia murtad. kesian sebab dah kawin pun org masih bercakap2.. jd dia selalu stress. Mdm L.. bertabah lah ya
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Betullah.  Parents orang asli bukan islam berkahwin dapat anak.  Lepas tu cerai, anak dapat kat bapak.  Lepas cerai je baru mak masuk islam.  Apa yg kesiannya?  Sebab azali anak pun bukan islam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
budak tu bukan islam la dan dia xconvert pun. ni lain dr kes mak2 india yg sblm ni, netizen pulak terpancing emo, cuba baca betol2
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 27-5-2023 10:21 AM
Betullah.  Parents orang asli bukan islam berkahwin dapat anak.  Lepas tu cerai, anak dapat kat bapa ...

Ni bkn sbb pasai agama beb.. ni pasai dlm bideo tu umpama anak nanes2 nak dok dgn mak.. tapi dipisahkan.. takde kaitan dgn agama..

Bila bebudak besaq ni, hakim slalu tanya budak nak ikut sapa.. jelas hakim ni wat pilihan ataih sendiri punya, takde tanya.. tatau la kalau sistem mesia dah berubah..

Mebbe hang ok kott tgk budak nanes2.. iols mmg takleh tgk, hati lembut giteww..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 27-5-2023 02:29 AM
budak tu bukan islam la dan dia xconvert pun. ni lain dr kes mak2 india yg sblm ni, netizen pulak te ...

Rupanya.

Aiols reserve my komens.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 27-5-2023 10:39 AM
Ni bkn sbb pasai agama beb.. ni pasai dlm bideo tu umpama anak nanes2 nak dok dgn mak.. tapi dipis ...

Kann.. dh jelas anak tu nk ikut mak die... Nape dipisahkan .. sedih tgk anak ni... Moga ada peguam di luar sne boleh bantu dptkan semula anak ni duk ngan ibu... Camne ngan emosi die nanti bila berjauhan dgn ibu. Bapa lak perangai mcm gituh... Hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 27-5-2023 10:39 AM
Ni bkn sbb pasai agama beb.. ni pasai dlm bideo tu umpama anak nanes2 nak dok dgn mak.. tapi dipis ...

Sometimea dunia itu kejam.  Tapi kita tau pun dr mamat ex ppim so iols pun baca based on that je ler.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 10:47 AM | Show all posts
kalau pun bukan pasal agama, awat takda nak hilite pasal paksa minum arak ke budak tu? pasal abai kebajikan budak tu? takda akta sivil ke?

sah2 la bapak tu takkan lepas kan anak sebab anak tu la sumber duit dia besar nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.080197 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list