CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

Walaupun Musim Panas Durian Laku Keras- Peniaga Jual Serendah RM7 Sekilo, 2 Tan Licin Sehari

[Copy link]
Post time 26-5-2023 10:28 AM | Show all posts |Read mode
TELUK INTAN –Walaupun cuaca panas, peniaga durian teruja de­ngan sambutan orang ramai apabila permintaan terhadap raja buah itu meningkat baru-baru ini.


Seorang peniaga, Muhammad Fauzi Muhamad Fadli, 36, berkata, dia menjual kira-kira dua tan durian sehari berban­ding 500 atau 600 kilogram pada hari-hari biasa.




Foto:Kosmo




“Disebabkan sambutan amat menggalakkan, saya terpaksa meningkatkan pengambilan buah tersebut dari dusun di Bukit Gantang.


“Kalau hari biasa sehingga petang pun belum tentu habis dijual, namun pada musim panas ini, ada masanya belum sampai tengah hari ia sudah habis terjual,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Menurutnya, dia menjual buah tersebut pada harga promosi iaitu antara RM13, RM10 atau RM7 sekilogram berban­ding antara RM18 hingga RM20.


Muhammad Fauzi menjangkakan permintaan terhadap durian akan bertambah minggu depan meman­dangkan orang ramai sudah mula balik kampung kerana cuti sekolah.


Ujarnya, antara jenis durian yang dijual termasuklah D18, D24, durian kampung dan musang king.


Sementara itu, seorang lagi peniaga, Abdul Rahman Mohd., 45, berkata, dia juga terpaksa menambah jumlah durian di premisnya kerana orang ramai berpusu-pusu untuk membeli buah tersebut.


“Ia tidak menghairankan kerana musim durian kampung sudah hampir tiba, jadi tak mustahil orang ramai yang mula datang membeli buah ini merupakan golongan peminat (durian kampung),” tambahnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048217 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list