CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 522|Reply: 2

Isteri Dirompak Dan Diculik Ketika Suami Pergi Solat Subuh Di Masjid, Mayat Ditemukan Di Paya Bakau

[Copy link]
Post time 26-5-2023 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Seorang isteri dirompak dan diculik ketika suami mangsa pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh.


Mangsa ditemukan mati pada Rabu di Kampung Penawar Rejo, Kecamatan Banjar Margo, Tulangbawang di Indonesia.


Tribun News melaporkan, mangsa merupakan penduduk di Kampung Moris Jaya, dan lokasi penemuan mayat kira-kira 12 kilometer (km) dari kampung tersebut.




Foto: Tribun News




Suami mangsa pulang ke rumah selepas solat subuh dan mendapati isteri dan kereta miliknya jenis Toyota Avanza tiada di rumah.


Dia mengesyaki keretanya dicuri, manakala isterinya diculik perompak.


Kereta berkenaan kemudian ditemui dalam keadaan kosong pada pukul 8 pagi dekat sebuah pasar.


Mayat mangsa ditemukan lebih 50 jam kemudian di kawasan paya bakau, kira-kira 6km dari pasar.


Polis mengesyaki ia merupakan kejadian samun kereta dengan mangsa dijadikan tebusan.


Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tulangbawang, AKP Wido Dwi Arifiya Zaen berkata, suspek perompak disyaki lebih seorang.


Dia bagaimanapun menjelaskan kes tersebut masih dalam siasatan. - CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 26-5-2023 10:04 AM

Hurm jadi risau plak, mesti penyangak dah perhatikan hari2 nampak suami kuar tu so dorang tau bila time si suami takde kat rumah.
Takkan nak halang ye suami g solat kat mesjid/surau?nk plak surau dekat je ngn umah.
Iols selalu pesan jgn lambat sgt balik sbb kadang dia jenis suka lama2 nak dengar tazkirah bagai la.
Lelagi kalau hujung minggu mmg ada tazkirah lepas subuh.Kalau hari biasa tu takleh la lama nk g keje plak.
Malam2 lepas isyak selalu ada mkn2 org hantar tuk tahlil bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 10:20 AM | Show all posts
dkt sana...boleh dikatakan hari2 ada kes jenayah berat....
tak mencuri...merompak...membunuh...rusuhan antara kampong...pemeras kat jln raya
geng2 moto bawak pedang...merempit jgn cerita le....minum arak pun selamba je kat open area...

patut la tak maju2...emmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.055337 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list