View: 2280|Reply: 38
|
20 Tahun Langsung Tak Berani Balik Kampung Lepas Kena Rogol Dengan Orang Minyak
[Copy link]
|
|
Kisah mengenai gangguan orang minyak hangat diperkatakan sekitar penghujung 1990-an, awal tahun 2000 dan disebabkan itu ramai ambil langkah berjaga-jaga khususnya wanita.
Difahamkan orang minyak akan merogol beberapa gadis sebagai salah satu syarat untuk menuntut ilmu hitam.
Menurut sumber, kejadian bermula selepas wanita dikenali sebagi Shima tinggal seorang diri di rumah seminggu memandangkan ibu bapanya perlu berangkat ke Jitra, Kedah, kerana kakaknya baru bersalin.
Selepas kedua ibu bapanya berangkat ke Jitra, Shima meneruskan rutin hariannya seperti biasa, namun dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan semua pintu dikunci setiap kali keluar bekerja.
Gambar Hiasan
Shima bekerja di sebuah bengkel kain batik di kampung sebelah, jadi kadang-kala dia balik lewat malam sekiranya mereka menerima banyak tempahan.
Pada hari keempat ketiadaan ibu bapanya, Shima yang menaiki sebuah motosikal sampai ke rumahnya sekitar jam 11.30 malam.
Selepas membersihkan diri, Shima membaca novel di atas katil sebelum dia terlelap kepenatan.
Beberapa jam kemudian, Shima tersedar kerana menyedari ada jasad yang berat sedang menindih dirinya, membuatkan dia lemas dan sukar bernafas.
Dalam gelap malam, Shima tidak dapat melihat apa-apa di depan matanya sehingga dia cemas dan mula menjerit ketakutan.
Dalam tempoh beberapa saat, dia terasa mulutnya ditekup, malah tubuh kasar itu seolah-olah menekan dirinya sehingga tidak mampu untuk meronta.
Kejadian itu berlaku pantas dan Shima tidak mampu melakukan apa-apa ketika pakaiannya direntap dan kehormatannya dicabul oleh makhluk misteri itu.
Makhluk berkenaan terus bangkit selepas dia melepaskan hajat dan melarikan diri melalui tingkap rumah kayu itu.
Shima yang menggigil ketakutan terus menjerit ke arah rumah Yana yang terletak berdekatan kediamannya.
Dalam beberapa minit, Yana sekeluarga datang dalam keadaan terkejut selepas mendengar jeritan Shima yang cemas meminta tolong sambil menangis.
Selepas membuka lampu, Shima mendapati tubuhnya dicemari kesan minyak hitam, membuatkan dia mengesyaki dirinya telah menjadi mangsa orang minyak.
Selain keluarga Yana, penduduk kampung juga mula tiba di kediaman Shima tidak lama selepas itu dan cuba menenangkannya yang masih tidak berhenti menangis.
Bomoh kampung itu, Pak Mail mengesahkan bahawa Shima menjadi sasaran orang minyak yang merogolnya sebagai salah satu syarat untuk menuntut ilmu hitam.
Ibu bapa Shima turut bergegas pulang seawal pagi kejadian selepas menerima perkhabaran duka itu.
Sejak kejadian itu, Shima menjadi pendiam dan suka menangis sehingga ibu bapanya puas membawa dia berubat dengan bomoh-bomoh kampung.
Tidak lama kemudian, ibu bapa Shima menghantarnya ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama ibu saudaranya demi melupakan kejadian itu.
Selepas lebih 20 tahun berlalu, kisah itu semakin dilupakan, malah Shima juga tidak pernah lagi pulang menjejakkan kaki ke kampungnya itu. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Lor isu semasa jadah apa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semakin hari semakin MROyan ko kan, sampah apa ni ngok |
|
|
|
|
|
|
|
Anak shima hasil senggama dgn org minyak dh besar pjg gamaknya.. .. |
|
|
|
|
|
|
|
"kejadian berlaku dengan pantas..."
sia2 nuntut ilmu sampai jadi org minyak bagai, hujung2 x tahan lama |
|
|
|
|
|
|
|
Pakaian direntap
Kehormatan dicabul
Melepaskan hajat
Ayat2 standard cerita mistik lucah Melayu sejak zaman berzaman. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita mastika pun boleh..
janji masuk artikel.. |
|
|
|
|
|
|
|
tt nak cari dhuet lebey leteww
sbb nak tunggu gaji raya aritu masuk awai
mebi heshe makan serdak koi raya ja skang nehh |
|
|
|
|
|
|
|
Momod masuk gua ka hapa.
Xvoley regulate ka tered terpaling sampah mcm ni.
Hari² weyy hadap kisah mastika kt CI.
|
|
|
|
|
|
|
|
pejadah aku baca ni??? sial btul la.. mcm cerita lucah zaman 90 an |
|
|
|
|
|
|
|
jadah apa ni ? mastika versi online ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
elzy replied at 25-5-2023 11:54 AM
Pebenda ni, cerpen ker?
Itulah..berita or karangan bbnu buat konten |
|
|
|
|
|
|
|
ni cerpen mcm dah ada dipotong jalan ceritanya ni |
|
|
|
|
|
|
|
asyik baca pasai FORMULA PIJI TAK MENJADI...boring la jugok...sesekali baca 'citer ala 90an'..boleh la.... |
|
|
|
|
|
|
|
org minyak semua jantan ya ... bukan apa, saja saja nak buat lawak kaum lelaki di cubit bebird oleh orang minyak betina
cadangkan org dunia hiburan buat citer komedi cani, unik kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Remarkable article, it is particularly useful! I quietly began in this, and I'm becoming more acquainted with it better! Delights, keep doing more and extra impressive! https://mtline9.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang minyak tu jin ke chuols? |
|
|
|
|
|
|
|
o ye, teringat dulu si Afdlin penah buat pementasan ejek kak mah .... org minyak nak kak mah rosakan 99 org kalu nak cincin berlian, banglo besar, beg Gucci, Louis Vuitton |
|
|
|
|
|
|
| |
|