STERLING diketepikan skuad England kerana masalah kecederaan. -FOTO AFP
London: Gareth Southgate sentiasa menyokong Raheem Sterling untuk pulih daripada mimpi ngerinya musim ini selepas tidak disenaraikan dalam skuad terbaru England.
Penyerang Chelsea itu akan terlepas aksi kelayakan Euro 2024 menentang Malta dan Macedonia Utara bulan depan.
Southgate bercakap dengan Sterling minggu lalu dengan pemain berusia 28 tahun itu bergelut dengan masalah hamstring dan mengakui dia tidak mencapai prestasi terbaik.
Walaupun tidak disenaraikan Southgate menjangkakan pemain bintangnya itu akan kembali menemui semula sentuhan terbaiknya.
"Saya akan sentiasa menyokongnya untuk segera pulih dan mempunyai daya tahan serta kecekalan untuk membuktikan kemampuan dirinya," katanya.
"Dia sendiri memberi tahu bahawa dia tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku tetapi itu hanyalah sementara.
"Dia adalah watak penting dalam pasukan kami dan itu tetap sama. Apabila dia berada dalam padang dia akan bermain dengan baik untuk kami.
"Sekarang sedikit berbeza dengan dua hingga tiga tahun lalu. Kami mempunyai empat atau lima pemain yang hampir dijamin berada dalam pasukan. Sekarang kita mempunyai banyak persaingan di mana-mana.
Sterling bergelut untuk prestasi dan kecergasan sejak perpindahan £47.5 juta (RM270.59 juta) dari Manchester City musim panas lalu.
Dia hanya menjaringkan sembilan gol dari 37 penampilan dalam musim hura-hara Chelsea yang menyaksikan mereka Thomas Tuchel dan Graham Potter dengan Frank Lampard sebagai pengurus sementara sejak April. https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ketepikan-southgate