View: 298|Reply: 1
|
Ejen Insurans Bergaji RM2,000 Sebulan Mengaku Tak Salah Rogol Gadis Di Hotel
[Copy link]
|
|
Ejen insurans yang didakwa Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol gadis berusia 19 tahun di sebuah hotel, Jumaat lalu.
Lim Kai Hoe, 28, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Gambar hiasan
Mengikut pertuduhan, Lim didakwa merogol seorang perempuan di bilik hotel di Pudu di sini, antara 3.30 pagi hingga 8.30 pagi, 19 Mei lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf kemudiannya memohon tertuduh dikenakan wang jaminan yang tinggi.
"Tertuduh tidak boleh berhubung dan mengganggu mangsa sehingga kes selesai, selain itu perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan pada setiap bulan," katanya.
Bagaimanapun, peguam Lim, S Sathya meminta jaminan paling rendah atas alasan anak guamnya perlu menanggung ibu bapa yang sudah bersara.
"Anak guam saya bergaji RM2,000 sebulan dan tiada rekod jenayah. Sejak ditahan pada 19 Mei lalu, anak guam memberikan kerjasama kepada polis.
"Wang jaminan hanya untuk memastikan kehadiran ke mahkamah dan bukan membebankan tertuduh," katanya.
Hakim kemudiannya membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan selain menetapkan 27 Jun hadapan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah la level bifoti dekkk
Menyusahkan makpak ko je |
|
|
|
|
|
|
| |
|