Doktor melakukan pembedahan bagi mengeluarkan botol dari perut seorang lelaki di India plastik, baru-baru ini.
Metro UK melaporkan, lelaki berusia 55 tahun dari Madhya Pradesh itu, dipercayai menelan objek berkenaan.
X-RAY menunjukkan gambaran botol di dalam perut pesakit. FOTO Agensi
Akibatnya, objek itu tersangkut di dalam perut lelaki terbbait hingga menyebabkan perlu menjalani pembedahan segera untuk menyelamatkan nyawa.
Dr Manoj Chowdhary mengeluarkan botol pada 16 Mei dan pesakit itu kini ditempatkan di bawah pemerhatian.
Gambar selepas pembedahan menunjukkan objek itu adalah botol minyak rambut Nihar Shanti Amla berwarna hijau.
Sementara itu, hasil ujian imbasan X-ray mendapati ada botol di dalam perutnya sebelum doktor mengambil tindakan lanjut.
Masih tidak jelas sama ada lelaki itu menelan botol itu dengan sengaja, dan butiran lanjut belum dikeluarkan kerana kerahsiaan pesakit.
Pengambilan badan asing yang disengajakan (DFBI) adalah gangguan psikopatologi jarang berlaku yang membabitkan cubaan menelan objek bukan berkhasiat untuk menyebabkan kecederaan diri.
Ia paling kerap dikaitkan dengan gangguan personaliti sempadan (BPD).
Sumber: Harian Metro |