View: 6839|Reply: 0
|
[Tempatan]
'DBKL urus sepenuhnya permohonan lesen bazar Ramadan tahun depan' - Menteri
[Copy link]
|
|
Disember 12, 2024 @ 1:06pm
[email protected]
Kuala Lumpur: Hal berkaitan permohonan lesen perniagaan bagi penjaja di 42 lokasi bazar Ramadan pada tahun depan di ibu negara akan diuruskan sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah itu bagi membantu memudahkan urusan penjaja terbabit dalam membuat permohonan lesen untuk mendapatkan tapak niaga
Menurutnya, ia juga bertujuan menangani rungutan mereka mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
"Di bawah Datuk Bandar (DBKL), KPW menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk melihat keperluan bazar Ramadan tahun depan.
"Insya-Allah, seperti nyatakan sebelum ini lesen akan diselenggara terus daripada DBKL.
"Ini bagi memastikan penjaja dapat tempat dan harga lebih kompetitif kerana seperti apa kita dengar mereka memberi aduan harga terlalu tinggi," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis setahun bersama pentadbirannya di Auditorium DBKL di sini, hari ini.
Menurut Dr Zaliha, uniknya tahun depan kerana KWP dan DBKL akan menjalin kerjasama badan korporat dalam memastikan bazar Ramadan yang ada menepati keperluan warga kota.
"Bukan hanya lebih cantik dan lebih seragam dengan bab berkaitan kebersihan dan sebagainya akan diambil kira oleh DBKL.
"Setakat ini, kita sudah mengenal pasti lokasi berkenaan dan mulakan kerja awal bagi memastikan bazar berjalan baik dan lancar," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|