|
Sebak melihat perkongsian Alif Satar berhubung kejutan dibuat dua anak perempuannya iaitu Alisha Anugerah, 8 dan Ariana Mecca, 6.
Menerusi perkongsian di Instagram, Alif menunjukkan surat yang dituliskan anak-anaknya sebagai hadiah untuknya.
IG
“Pulang lewat dari kerja semalam, naik ke atas dan tengok mereka tak tidur lagi.
“Bila tanya awat tak tidur lagi? Mereka kata, kami ada kejutan untuk Daddy, baca tau,” katanya.
Terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya itu, Alif bersyukur dan dalam masa sama berasa sebak dengan titipan berupa pesanan daripada anak-anaknya.
“Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi matt, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti terharu dengan perkongsian tersebut.
Malah, ramai yang memuji didikan Alif dan isteri kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dengan baik.
Sumber: Xtra |
|