Seorang ahli Parlimen pembangkang mencadangkan LGBT dimasukkan dalam kategori kesihatan mental.
Cadangan itu dikemukakan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) semasa perbahasan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) berhubung RUU Kesihatan Mental (Pindaan 2023) di Dewan Rakyat hari ini.
Jamaludin (bawah) ketika mencelah perbahasan Halimah di Dewan Rakyat hari ini.
"Bersetujukah Kapar (Halimah) dengan Pasir Salak. Pasir Salak nak mencadangkan bahawa golongan LGBT juga dimasukkan dalam masalah kesihatan mental," katanya dipetik BH Online.
Halimah memohon agar cadangan Jamaludin dimasukkan dalam ucapan perbahasannya. Halimah menyatakan pentingnya kerjasama semua kementerian dalam menangani kecelaruan mental.
"Terima kasih Pasir Salak (Jamaludin), kira masuklah tu dalam ucapan saya," balasnya.
Beliau juga menyatakan bahawa langkah ini penting untuk mengatasi masalah yang mendorong individu dengan kecelaruan mental hingga berfikir untuk membunuh diri.
Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh membentangkan RUU berkenaan untuk bacaan kali kedua. - CARI |