CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

[Kelantan] JKDM rampas rokok seludup bernilai RM5.5 juta

[Copy link]
Post time 23-5-2023 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya mematahkan cubaan sindiket penyeludup membawa masuk 699 peti rokok seludup berjumlah 6,990,000 batang rokok bernilai RM5.5 juta termasuk cukai dalam tiga serbuan berasingan.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat awam, risikan serta intipan oleh anggota risikan Zon Timur dan Cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Kubor dan Pasukan Operasi Cawangan Kota Bharu dan JKDM pada Khamis dan Sabtu lalu.

Katanya, serbuan pertama dilakukan di Gua Musang pada jam 10 pagi, Khamis lalu dan berjaya merampas 494 peti rokok berjumlah 4,940,000 batang rokok seludup.

"Pihak kami juga berjaya menahan seorang Orang Yang Disyaki (OYDS) berusia 42 tahun dan sebuah lori kontraktor syarikat kurier yang digunakan untuk penyeludupan rokok berkenaan.

"Rampasan kedua dan ketiga masing-masing di Tumpat yang dilakukan pada Sabtu lalu dan kita berjaya menahan 2 lori.

"Rampasan kedua membabitkan 125 peti rokok dengan jumlah 1,250,000 batang rokok seludup dan rampasan ketiga pula adalah sebanyak 80 peti rokok seludup berjumlah 800,000 batang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Kelantan, di sini, semalam.

Wan Jamal Abdul Salam berkata, rampasan yang dilakukan itu adalah yang terbesar pada tahun ini.

"Siasatan awal mendapati modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk rokok seludup berkenaan dari negara jiran melalui jalan laut dan Sungai Golok untuk diedarkan ke luar negeri Kelantan iaitu Lembah Klang.

"Dalam pada itu, mereka juga menggunakan taktik bertukar pemandu dan kenderaan sebelum tiba ke lokasi sasaran di mana rokok seludup berkenaan hendak dijual," katanya.

Beliau berkata, kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

"Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000 atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

"Rokok diklasifikasikan sebagai barang larangan import yang tertakluk di bawah Butiran 66, Jadual Ketiga/Bahagian I, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017," katanya.

Menurutnya, orang ramai digesa membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun dan dadah.



Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long ( kanan) bersama pegawainya menunjukkan kotak rokok seludup bernilai RM5.4 juta dalam tiga rampasan berasingan di negeri itu pada sidang media di Wisma JKDM Padang Bongor hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-rm55-juta-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.056284 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list