CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Malang sungguh nasib Juventus

[Copy link]
Post time 23-5-2023 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Malang sungguh nasib Juventus



REAKSI kecewa barisan pemain Juventus selepas tewas kepada Empoli. FOTO Reuters


Rom: Juventus tewas 1-4 di Empoli, awal pagi tadi, beberapa jam selepas menerima hukuman pemotongan mata kerana melakukan aktiviti perpindahan haram yang sekali gus menjejaskan harapan untuk layak beraksi di Liga Juara-Juara.

Kelab gergasi Turin itu kurang satu mata di bawah Roma yang menduduki tempat keenam untuk kelayakan ke Liga Konferensi Europa.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengumumkan pemotongan 10 mata terhadap Juventus.

Keputusan itu dibuat berikutan semakan semula hukuman pemotongan 15 mata yang dikenakan ke atas kelab sebelum ini susulan melakukan aktiviti perpindahan haram.

"Apabila anda mendapati dipotong 10 mata beberapa jam sebelum bermulanya perlawanan, ia sememangnya sukar.

"Ia adalah tahun yang sangat memenatkan," kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri kepada pemberita.

Ia menambah derita juara Eropah dua kali itu yang sudah tersingkir daripada separuh akhir Liga Europa selepas kekalahan di Sevilla, Jumaat lalu.

Dengan berbaki dua perlawanan liga musim ini, Juventus yang ketika ini mengumpul 59 mata, masih boleh mengejar AC Milan di tempat keempat dengan 64 mata, iaitu slot terakhir ke Liga Juara-Juara.

Kedua-dua pasukan akan bertemu di Turin pada perlawanan seterusnya, Isnin ini.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gguh-nasib-juventus

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045295 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list