CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 440|Reply: 2

Terlalu Kerap Tengok Handphone Punca Riezman Khuzaimi Slip Disc, Terpaksa Pakai Pendakap Leher

[Copy link]
Post time 23-5-2023 08:16 AM | Show all posts |Read mode
Riezman Khuzaimi alami penyakit slip disc sejak April lalu dan terpaksa bergantung kepada penggunaan pendakap leher.


Katanya dia mula mengesan penyakit tersebut apabila tiba-tiba terasa sakit di bahagian tengkuk ketika bangun untuk bersahur pada Ramadan lalu.


Foto: IG




"Saya mula kena seminggu berpuasa. Nak bangun sahur tiba-tiba tangan sebelah kanan tak boleh gerak dan tak rasa apa-apa.


"Mulanya ingatkan sakit saraf dan pergi ke klinik. Kemudian saya lakukan pemeriksaan lanjut di hospital dan doktor sahkan saya mengalami masalah slip disc," katanya kepada mStar.




  



Faktor yang menyumbang kepada berlaku masalah ini berkemungkinan akibat aktiviti hariannya yang selalu menghadap skrin komputer dan telefon pintar.


Riezman bagaimanapun dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang pembedahan kerana berisiko mengancam nyawanya.




  



"Mungkin disebabkan postur badan selalu menunduk menyebabkan berlakunya masalah ini. Kata doktor ramai yang mengalami isu begini.


"Disebabkan sakit ini pada bahagian tengkuk doktor tak nasihatkan untuk buat pembedahan. Kalau bedah keberangkalian sembuh 50-50... itu juga boleh mengancam nyawa.


"Jadi sekarang ini memang saya buat fisioterapi sahaja. Penyakit ini boleh sembuh tapi ia juga boleh datang kembali pada bila-bila masa," jelasnya.




  



Sementara itu, Riezman mengakui kesakitan yang ditanggung sedikit sebanyak mengganggu emosinya kerana dia kini menjadi seorang yang cepat marah.


Dia juga tidak lagi boleh melakukan aktiviti kesukaan seperti menunggang motosikal dan terpaksa mencari hobi bersesuaian.




  



"Awal-awal dahulu memang sangat emosi. Rasa nak cepat marah. Maklumlah apabila tiba-tiba berlaku perubahan dalam diri secara tiba-tiba.


"Sekarang ini saya terpaksa tukar aktiviti harian. Dah tak boleh nak ride sebab halmet berat dan boleh beri kesan,” jelasnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2023 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutler acik acik penjilatz pencacai pazzpizzpuzz cepat marah dan sentap dgn aku.....ada slip disc upernyer....

Kahkahkahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 08:04 AM | Show all posts
soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.049323 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list