CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

Diana Tahu Takkan Jadi Permaisuri England, Kini Kekal Sebagai Ratu Rakyat Britain Alam Maya!

[Copy link]
Post time 22-5-2023 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Camilla Rosemary Shand @ Parker Bowles, bekas gundik Raja Charles ditabalkan permaisuri England @ United Kingdom (UK) yang baharu, namun aura kegemilangan Lady Diana Spencer tetap menjadi pilihan warga dunia apabila mereka menabalkannya sebagai Permaisuri England dalam alam maya.


Wajah Diana yang memakai mahkota Permaisuri dan tiara diraja yang menjadi perhiasan Permaisuri menghiasi kepala dan gambar-gambar yang dipakaikan mahkota oleh netizen dalam Tik Tok menjadi viral dikatakan turut menghilangkan seri acara pertabalan Raja Charles sebagai ketua negara Britain itu dan 15 lagi jajahan takluknya dalam Kerajaan Komanwel.












Diana Frances Spencer dilahirkan pada 1 Julai 1961 di Park House, Sandringham, Norfolk dan merupakan anak bongsu kepada Edward Spencer, Viscount Althorp dengan isteri pertamanya, Frances Spencer, Viscountess Althorp. Bapa Diana kawan baik kepada Ratu Elizabeth.


Charles turut membina memorial untuk Diana di tanah keluarganya untuk pusara Puteri Wales itu.


Di sebelah ibunya, Diana mempunyai darah orang Amerika. Moyang Diana merupakan seorang wanita dari keluarga berada dari Amerika, Frances Works. Di sebelah bapanya, Diana merupakan keturunan langsung Raja Charles II melalui dua anak lelaki luar nikah dan menerusi Raja James II melalui seorang anak perempuannya yang juga luar nikah.







Menurut penyusun biografi Diana, Lady Colin Campbell, moyang kepada moyang Diana, Eliza Kewark (beberapa sumber mengeja nama Kewark sebagai "Kevork" atau "Kevorkian") berasal dari Bombay, India dan kemungkinan keturunan orang India, walaupun keluarga Diana sering mengatakan yang keluarga "Kevork/Kewark" adalah dari Armenia.


Setelah perceraian ibu bapanya, Diana dijaga bapanya. Dengan kematiannya datuk di sebelah bapa, Albert Spencer pada 1975, bapa Diana menjadi Earl Spencer ke-8 dan Diana diberi gelaran Lady Diana Spencer dan berpindah dari rumah kanak-kanaknya di Park House ke rumah keluarga besar mereka di Althorp.








Manakala pada masa mudanya, Charles terkenal dengan gelaran playboy kerana dilaporkan mempunyai ramai 'kekasih' termasuk Camilla yang dikenali pada waktu remaja sekitar tahun 1970.


Akhirnya takdir mempertemu Charles dan Diana. Pada 29 Julai 1981, perkahwinan Charles dan Diana telah berlangsung di Katedral St Paul di hadapan 3,500 tetamu jemputan, disaksikan sekitar 800 juta orang di seluruh dunia.








Anak-anak Diana, Putera William dan Putera Harry disenarai dalam susunan pewarisan takhta semasa hayatnya.


Charles tidak dibenarkan berkahwin dengan Camilla kerana perwatakan wanita itu bukan bertaraf diraja kerana pada zaman remajanya, Camilla menyondol kekasih adik iparnya, Puteri Anne yang berkasihan dengan Andrew Parker Bowles.







Camilla memikat Parker Bowles untuk dijadikan suaminya, selepas ditinggalkan oleh Charles yang menjalani khidmat diraja selama setahun.


Selepas kembali menjalin hubungan cinta dengan Charles, Camilla masih isteri orang dan menjadi 'orang ketiga' dalam perkahwinan diraja itu.


Kenyataan itu disahkan Diana ketika ditemu ramah sebelum kematian dan disahkan oleh anak keduanya Harry yang pernah melarang bapanya berkahwin dengan Camilla yang disifatkan sebagai wanita jahat.








Ratu Elizabeth II pernah memberitahu sangat menyukai Diana sebagai Puteri Wales terbaik yang pernah ada di dalam keluarga kerabat dan mengesahkan dia mengadakan banyak parti bersama Diana. Namun, takdir sebaliknya apabila Diana meninggal dunia dalam nahas jalanraya di terowong Pont de l'Alma di Paris bersama Dody Al-Fayed dan pemandunya, Henri Paul selepas menghadiri makan malam pada 31 Ogos 1997.







Kereta Mercedes-Benz W140 (no pendaftaran 688 LTV75) dipandu oleh pemandu keselamatan Hôtel Ritz Paris, Henri Paul dipandu laju bagi mengelak jurugambar paparazzi.  


Diana pernah memberitahu dia tidak mungkin menjadi Ratu England dan meramalkan ada satu plan untuk membunuhnya. Dia hanya mahu menjadi Ratu Rakyat dan kini dia ditabalkan oleh rakyat yang mengasihinya sebagai Ratu Diana.







Tidak hairanlah pada hari pertabalan Charles pada 6 Mei 2023, turut ditabal bersebelahan ialah Diana yang kemudian ditularkan paling banyak dalam media massa terutama TikTok.




Sumber: KitaReporters
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049822 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list