Shah Alam: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pencemaran bau disyaki gas amonia di dalam longkang di Jalan Sungai Rasau 32/24, Taman Berjaya, Seksyen 32, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan diterima daripada penduduk kawasan perumahan itu yang terhidu bau busuk dari longkang pada 9.30 malam.
Katanya, siasatan di lokasi kejadian bersama pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesan bau disyaki ammonia berpunca dari longkang berhampiran sebuah gudang tempat penyimpanan makanan sejuk beku.
Polis Sah Terima Laporan Pencemaran Gas Amonia
"ihak pengurusan gudang memaklumkan mereka menjalankan kerja penyelenggaraan berkala seperti yang dijadualkan tetapi tidak menyedari terdapat takungan berlaku di sistem perparitan sehingga menyebabkan pencemaran bau.
"JBPM sudah mengalirkan air di dalam sistem perparitan gudang bagi mengurangkan bau sehingga bacaan di paras yang selamat.
"Setakat ini keadaan terkawal dan tiada pemindahan penduduk dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, jarak punca pelepasan bahan kimia itu ke takungan longkang adalah 300 meter.
Katanya, pihaknya menggunakan kaedah pencairan (dilute) bagi meneutralkan gas ammonia berkenaan dengan melepaskan air dari kilang bagi mengalirkan bahan kimia sehingga ke longkang besar.
Sumber: Harian Metro |