CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

[Terengganu] Teh 'o' permintaan terakhir suami

[Copy link]
Post time 22-5-2023 12:23 PM | Show all posts |Read mode

Farihah (kanan) dan Nor Hasma Yanty (tengah) ketika menyantuni keluarga Nurul Akmmar bagi menyampaikan Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat di rumah mentuanya di Kampung Tanjung, Batu Rakit. FOTO ZAID SALIM

Kuala Nerus: Seorang ibu buntu untuk membesarkan empat anak yang masih kecil selepas suami yang menjadi tempat mereka bergantung meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, Jumaat lalu.

Namun demi melihat anak membesar dengan sempurna, Nurul Akmmar Hassan, 29, berhasrat mencari sumber rezeki dengan membuat kuih untuk dihantar ke kedai makan di sekitar rumah mentuanya di Kampung Tanjung, Baru Rakit, di sini.

Nurul Akmmar yang juga suri rumah sepenuh masa berasal dari Kerandang, Jerteh berkata, dia yang masih berpantang selepas bersalin anak keempat hampir pengsan selepas mendapat tahu suaminya Mohd Zuhairi Mohd Noor, 39, maut dalam kemalangan itu.

"Pagi itu dia (arwah suami) meminta saya menyediakan teh 'o' dan biskut untuk sarapan sebelum keluar memotong rumput dalam kawasan UMT (Universiti Malaysia Terengganu).

"Sebelum ini makanan pagi arwah buat sendiri disebabkan keadaan saya masih kurang sihat selepas bersalin tetapi pagi itu, arwah meminta saya buat teh 'o' untuk dia.

"Malah sepanjang 28 hari saya berpantang, semua kerja rumah termasuk menguruskan anak, arwah yang lakukan.

"Saya tidak sangka itu permintaan terakhir suami sebelum dia maut dalam kemalangan," katanya ketika ditemui selepas menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat daripada Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri Farihah Che Husin di rumah mentuanya, semalam.

Menurutnya, arwah mengalami kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pada jam 10.30 pagi.

"Beberapa hari sebelum meninggal dunia, arwah suami memberitahu tidak mahu lagi menjaga anak selain tidak akan ada lagi anak dengannya selepas ini.

"Saya anggap kata-kata itu gurauan kerana arwah sangat sayang dan rapat dengan anak," katanya.

Menurutnya, arwah juga menjual sebahagian daripada ikan laga yang dibelanya dengan harga murah sedangkan sebelum itu arwah sangat sayang dan tidak pernah menjual ikan berkenaan walaupun ditawarkan dengan harga tinggi.

"Arwah turut membebaskan burung tekukur yang dibelanya sekian lama," katanya.

Ibu kepada empat anak, Qistina Nur Imani, 11, Muhammad Qhalif Iman, 7, Qaireen Nur Tasnim, 2, dan Qisya Nur Ameena, 28 hari, itu berkata, menjadi rutin arwah bersalaman dengan dua anaknya ketika menghantar kanak-kanak itu ke sekolah.

Bagaimanapun, katanya, beberapa hari sebelum terbabit kemalangan, arwah tidak bersalam dengan dua anak terbabit menyebabkan Qistina Nur Imani dan Muhammad Qhalif berasa pelik dengan sikap bapa mereka.

Menurutnya, dia tidak menyangka banyak perubahan yang berlaku pada diri arwah itu petanda dia mahu pergi menemui Illahi.

Nurul Akmmar berkata, dia sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan bagi mendapatkan wang untuk membesarkan anak biarpun mengakui sukar untuk menempuh kehidupan tanpa arwah di sisi.

"Sukar untuk menerima kenyataan yang suami sudah tiada, tetapi saya reda kerana Allah lebih sayangkan dia," katanya.

Menurutnya, dia akan menggunakan wang pencen (penakat) kira-kira RM900 sebulan untuk membesarkan anak selain dijadikan modal berniaga kuih.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... taan-terakhir-suami

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.055586 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list