View: 149|Reply: 0
|
Ribuan penyokong membanjiri padang meraikan kejayaan City
[Copy link]
|
|
CITY julang kejuaraan EPL buat kali ketiga berturut-turut. -FOTO AFP
Manchester, United Kingdom: Penyokong Manchester City membanjiri padang Etihad ketika juara Inggeris itu meraikan kejuaraan Liga Perdana buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Chelsea 1-0.
Biarpun arahan dikeluarkan untuk penonton kekal di tempat duduk namun tidak di peduli apabila beribu-ribu peminat turun membanjiri padang walaupun rayuan untuk kekal di tempat duduk sudah dikeluarkan.
Skuad bimbingan Pep Guardiola itu merangkul kejuaraan kelima dalam enam musim semalam apabila pasukan di tempat kedua Arsenal tewas 0-1 di Nottingham Forest.
Ia memberi peluang kepada Guardiola untuk merehatkan sebahagian besar pemain bintangnya yang akan turun pada perlawanan akhir Piala FA dan Liga Juara-Juara bulan depan dalam usaha City meraih treble.
Penguasaan City dalam liga utama Inggeris itu menyaksikan mereka dipuji sebagai salah satu pasukan terbaik bola sepak Inggeris yang pernah dilihat ketika ini.
Tetapi Guardiola mengakui masih ada kerja yang perlu dilakukan dengan menewaskan Inter Milan untuk menakluk Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab itu bulan depan.
"Kami merasakan kami melakukan sesuatu yang istimewa," kata Guardiola
"Untuk dianggap sebagai salah satu pasukan terhebat kami perlu menang dalam saingan Eropah, Liga Juara-Juara. Kalau tidak orang akan kata kami tidak lengkap di sini."
Kekaguman terhadap kualiti bola sepak City sepanjang tujuh musim di bawah pimpinan Guardiola juga disertai dengan persoalan mengenai pembiayaan mereka.
Pengambilalihan oleh Sheikh Mansour dari Abu Dhabi pada 2008 mengubah nasib kelab tetapi City menghadapi lebih daripada 100 pertuduhan Liga Perdana kerana dakwaan melanggar peraturan kewangan antara 2009 dan 2018.
Kekuatan skuad City turut didorong kemampuan Julian Alvarez yang menghabiskan sebahagian besar musim ini di samping Erling Haaland, menjaringkan gol ke-17 kempennya musim ini untuk melanjutkan rekod tanpa kalah juara Inggeris itu dalam semua pertandingan kepada 24 perlawanan.
Guardiola melakukan sembilan pertukaran kesemuanya daripada pasukan yang membelasah Real Madrid 4-0 pada pertengahan minggu.
"Ini adalah kenangan yang saya akan ingat sepanjang hayat saya," kata Haaland. "Musim pertama, 36 gol (liga), trofi Liga Perdana dan dua lagi perlawanan akhir akan datang. Boleh tahan."
Sementara itu pemain tengah City, Kevin De Bruyne berkata: "Anda bekerja 11 bulan untuk melihat ini. Ia adalah hari untuk meraikan bersama peminat dan keluarga. Ia menakjubkan."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aikan-kejayaan-city |
|
|
|
|
|
|
| |
|