CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

[Kelantan] Peniaga usaha jual sayur tidak beban pembeli

[Copy link]
Post time 21-5-2023 03:22 PM | Show all posts |Read mode

Farida Hamimi menyusun sayur yang baru sampai untuk dijual kepada pelanggannya ketika tinjauan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Harga sayur-sayuran di negeri ini didapati mengalami penurunan dan kenaikan hampir setiap minggu.

Tinjauan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong mendapati harga tomato turun dari RM5 kepada RM4 sekilogram, sawi RM10 kepada RM8 sekilogram dan lada solok turun kepada RM10 daripada RM15 sekilogram berbanding sebelum ini,

Manakala harga sayur yang naik pula ialah kacang panjang dari RM5 kepada RM8 sekilogram, cili padi merah dari RM12 kepada RM16, namun harga kobis kekal RM4 sejak dua minggu lalu.

Peniaga, Farida Hamimi Mustafa, 28, berkata harga sayur-sayuran akan turun naik bergantung kepada bekalan yang mana harga akan naik jika bekalan sedikit dan sebaliknya.

"Seperti minggu ini, bekalan kacang panjang dan cili padi merah kurang menyebabkan harganya naik masing-masing dari RM5 kepada RM8 serta RM12 kepada RM16.

"Bagi tomato, terung, lada solok pula, harganya turun kerana bekalannya banyak dan permintaan pula kurang.

"Kemungkinan harga sayur-sayuran kembali naik terutama ketika musim cuti sekolah dan Hari Raya Aidiladha berikutan orang ramai mendapatkan bekalan untuk buat kenduri," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Peniaga lain, Nudin Dollah, 53, berkata pelbagai faktor menyebabkan harga sayur tidak stabil sama ada bekalan kurang atau banyak.

"Harga sayur naik kerana bekalan kurang, sedangkan permintaannya pula tinggi. Jadi harga yang kita dapat daripada pemborong juga meningkat.

"Namun, sebagai peniaga saya tetap menjual dengan harga yang ditetapkan dan lebih rendah kerana tidak mahu membebankan pembeli," katanya yang berniaga sejak 20 tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tidak-beban-pembeli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.047268 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list