View: 127|Reply: 0
|
EPL: Klopp sah turunkan Bobby
[Copy link]
|
|
FIRMINO mungkin akan diturunkan pada aksi terakhir di Anfield menentang Villa ketika kontraknya berakhir hujung musim ini. – AFP
EPL: Klopp sah turunkan Bobby
LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Kloop mengesahkan bahawa penyerangnya, Roberto Firmino akan menyertai pasukan itu pada aksi menentang Aston Villa malam ini sekali gus mungkin menjadi aksi terakhirnya di Anfield.
Firmino hampir pasti akan meninggalkan kelab berkenaan apabila kontraknya berakhir hujung musim ini selepas membantu pasukan itu meraih sembilan trofi sepanjang khidmatnya di Anfield.
Pemain antarabangsa Brazil itu kali terakhir beraksi ketika Liverpool menewaskan Leeds 6-1 pada April lalu, menyebabkan para peminat berharap mereka berpeluang untuk menyaksikan pemain kesayangannya itu diturunkan untuk kali terakhir.
Penyerang berusia 31 tahun itu menyertai pasukan ke Stadium King Power ketika mereka menewaskan Leicester 3-0, namun tidak berada dalam kesebelasan utama serta di bangku simpanan sepanjang aksi tersebut.
Bagaimanapun, Klopp memberi bayangan bahawa Firmino akan berada dalam skuad untuk berdepan Villa malam ini sekali gus menggembirakan para penyokong yang berpeluang menyaksikan kelibatnya buat kali terakhir di stadium berkenaan.
“Kami akan membuat percaturan terbaik kerana perlawanan kali ini sangat sukar atas banyak alasan. Ia akan menjadi perlawanan terakhir untuk beberapa pemain dan mereka perlu memberikan segala-galanya menentang pasukan sehebat Villa.
“Apapun, kami harus memenangi perlawanan ini, tetapi kami juga mahu memberikan penghormatan dan penghargaan buat Bobby (Firmino) dan pemain-pemain lain yang akan meninggalkan pasukan ini.
“Ia akan menjadi hari istimewa dengan perlawanan yang sukar dan kami perlu pastikan bahawa kami mampu menikmati kedua-duanya dengan sempurna,” jelasnya. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/05/20/epl-klopp-sah-turunkan-bobby/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|