CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

[Pahang] 366 penyu agar mendarat di Cherating tahun lalu

[Copy link]
Post time 21-5-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode

Abdullah Jaafar bersama penuntut UiTM Kampus Jengka melepaskan 1,000 anak penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Cherating. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Cherating, dekat sini, mencatat pendaratan 366 penyu jenis agar yang menghasilkan sebanyak 29,900 telur, sepanjang tahun lalu.

Sebanyak 20,300 telah berjaya ditetaskan kemudian dilepaskan ke perairan negeri ini secara berperingkat menerusi beberapa program yang diadakan.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar, berkata dalam tempoh empat bulan tahun ini sebanyak 88 pendaratan penyu jenis agar telah dicatat yang menghasilkan kira-kira 7,750 telur, kemudian anak penyu dilepaskan ke laut.

Beliau berkata, jumlah pendaratan penyu tertinggi dalam dicatat pada 2016, iaitu 592 dengan menghasilkan 53,112 telur dan sebanyak 31,652 berjaya ditetaskan mengikut jadual.



Katanya, jumlah pendaratan penyu setiap tahun di PKPP Cherating tidak menentu disebabkan beberapa faktor seperti keadaan laut, ancaman daripada nelayan dan faktor semula jadi.

"Aktiviti pelepasan anak penyu oleh pelancong dan murid sekolah lebih banyak dapat diadakan sekiranya jumlah penyu jenis agar yang mendarat di PKPP bertambah dan menghasilkan banyak telur setiap tahun.

"Kami berharap aktiviti pelepasan anak penyu yang diadakan setiap tahun di PKPP Cherating dapat menambahkan jumlah pendaratan penyu agar pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada program kesedaran kepentingan penyu sebagai spesies terancam diperluaskan di PKPP Cherating, dekat sini kelmarin.

Program berkenaan disertai 51 penuntut Sarjana Muda Sains Kepujian Pengurusan Biodiversiti bersama dua pensyarah Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka, Maran. Sempena program itu sebanyak 1,000 anak penyu jenis agar dilepaskan.

Abdullah berkata, dalam tempoh empat bulan tahun ini lebih 14,500 pelancong tempatan berkunjung ke PKPP Cherating manakala tahun lalu, mencatatkan kedatangan kira-kira 23,000 pelancong.

"PKPP Cherating berpotensi kembali popular kerana sebelum ini kehadiran pelancong mencecah sehingga 90,000," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... herating-tahun-lalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.419316 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list