CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31015|Reply: 11

Pertanyaan: Nak tukar nama IC

[Copy link]
Post time 12-12-2010 09:34 PM | Show all posts |Read mode
Salam.

Nak tanya skit pasal nama dalam IC lain dari nama ayah. Nama aku betul tapi pada nama ayah lain pada pangkal nama.

Contohnya: Ali Bin Mohd. Abu
Yang betul: Ali Bin Mohamad Abu

Kalau nak tukar macamana? kena buat surat pengakuan sumpah ke? prosedur lama ke?

Thanks in advance

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2010 08:46 AM | Show all posts
aisehh.. tak pat nak tolong la.. tp dulu ingat lagik ade member skolah tukar nama dia.. cam senang jeh... apa2pong terai la masuk www.jpn.gov.my
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 07:57 PM | Show all posts
Betul la tu Mohd Abu sama dgn Mohamad Abu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2010 11:01 PM | Show all posts
Betul la tu Mohd Abu sama dgn Mohamad Abu
Hindi Post at 13-12-2010 20:57


tapi nama dalam IC mana boleh disingkatkan, atau dipanjangkan? contoh, Abd. dengan Abdul sama x?
masalah yang berlaku pada aku, nama ayah aku berbeza pada awalan nama tak macam adik beradik aku..boleh ke tukar?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 11:11 PM | Show all posts
aku rasa je ye..boleh kot,ko bagi alasan salah eja ke ape.tapi bayar rm10.ni aku amik dari website jpn sendiri untuk pindaan butiran iaitu melibatkan proses pindaan atau pembetulan maklumat di dalam Kad Pengenalan seperti nama, tarikh lahir dan agama.

SYARAT PERMOHONAN

Pemohon mesti hadir.

Pemohon telah memiliki Kad Pengenalan. Pemohon yang belum memiliki Kad Pengenalan tidak layak memohon.

Borang Permohonan JPN.KP16 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki datang ke kaunter JPN dan membawa dokumen berikut (asal dan salinan) :

Surat Akuan Berkanun (jika pemohon berumur kurang 18 tahun, akuan hendaklah dibuat oleh ibu/bapa/penjaga).

Kad Pengenalan.

Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Permit Masuk (yang mana berkaitan).

Salinan Dokumen Pengenalan Diri  Ibu / Bapa / Penjaga bagi pemohon yang berumur di bawah 18 tahun (salinan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Sementara).

Pasport (jika ada).

Dokumen sokongan lain yang berkaitan dengan permohonan seperti :

Kad Memeluk Agama Islam bagi mereka yang memeluk agama Islam tidak kira sama ada menukar nama atau  mengekalkan nama asal.

Perintah Mahkamah Syariah / Pengesahan Majlis atau Jabatan Agama Islam bagi permohonan pertukaran agama daripada Islam kepada bukan Islam dan pertukaran nama Islam kepada nama bukan Islam.

Sijil Baptisma / Surat pengesahan memeluk agama Buddha / Hindu / Sikhisma bagi permohonan menukar agama yang melibatkan pertukaran nama. Jika mengekalkan nama asal, hanya perlu mengisi Lampiran “A” di kaunter dan permohonan diterima tanpa perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti di atas.

Daftar Perkahwinan KC07 yang dikeluarkan oleh JPN bagi permohonan untuk memasukkan nama suami bagi mereka yang berkahwin dengan warganegara asing sahaja.

Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh Jabatan untuk menyokong permohonan pindaan.

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

Warganegara / Bukan Warganegara = RM 10.00 (bayaran proses Pindaan Butiran)

Jika permohonan Pindaan Butiran diluluskan, bayaran permohonan Gantian Kad akan dikenakan seperti berikut:

Warganegara = RM 10.00

Bukan Warganegara = RM 40.00


Makluman: Mengikut Peraturan 14 (1) & (2), Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang yang memohon untuk menukar namanya atau membetulkan butir-butir Kad Pengenalan selain daripada alamatnya hendaklah dengan segera memohon gantian Kad Pengenalan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 11:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2010 12:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by danedzya at 14-12-2010 12:20

Lepas dah buat IC tu,semua nama kita yg register kat buku bank/statement,passport,credit card,sijil,geran or whatever keseluruhannya ko plan nak tukar jugak ker???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 02:36 PM | Show all posts
Lepas dah buat IC tu,semua nama kita yg register kat buku bank/statement,passport,credit card,sijil, ...
danedzya Post at 14-12-2010 12:19 PM



    yaaaaaaa...yg ni betui jugak kan....kalau x susah kemudian hari nanti...nak withdraw duit....kene tunjuk Mykad...nama udah lain skit....so rsnya..TT takder pilihan lain kalau nak buat2 apa urusan rasmi....kene bawak dokumen rasmi ( sudah tentu yang Original dan ada letter head dr JPN ) tukar nama dr JPN tu ...kalau x....rs2nya boleh lepas ke semua urusan rasmi tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2010 04:57 PM | Show all posts
Reply 4# katakpuruz
Pergi lah JPN tanya. Forumers kat sini if ada yg bekerja disana, pls help this guy
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mm..susahnye..mcm2 prosedur
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 02:04 AM | Show all posts
siapa suruh tak double check, selayaknyalah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang tanya kalau mahu tukar status agama and nama asal dikekalkan .. Permohonan seperti kat atas tu ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 1.693335 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list