CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

[Perlis] Muslim Care laksana korban di 15 negara

[Copy link]
Post time 20-5-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Muslim Care laksana korban di 15 negara


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



FOTO HIASAN




Kangar: Muslim Care Malaysia Society (MCM) menyasarkan 15 buah negara bagi pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha yang akan datang menerusi inisiatif Program Korban Care.

Presidennya, Zulkifli Wahijan berkata, ia dijangka membabitkan nilai sebanyak RM2 juta dan akan menumpukan negara yang bergolak seperti Palestin, Syria dan Afrika.

"Kita memilih negara yang bergolak serta dibelenggu isu kebuluran, kemiskinan serta peperangan bagi melaksanakan program itu.

"Dalam masa yang sama juga, kita tetap akan melaksanakan program ini di Malaysia dan disebabkan itu kami memerlukan serta mengalukan sokongan dan penyertaan daripada seluruh rakyat bersama badan korporat di negara untuk merealisasikan program yang kita akan laksanakan," katanya selepas Majlis Kasih Asnaf, Sumbangan Kerusi Roda dan Jamuan Rakyat di Kediaman Menteri Besar, Sungai Padang, di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Ghazali Chik.

Katanya, pada masa sama, MCM turut merancang untuk melebarkan sayap kerja kebajikan mereka ke negara Afrika Selatan, Brazil, Peru dan Mexico dalam menyantuni minoriti komuniti Islam yang terdapat negara berkenaan.

"Seperti yang kita ketahui negara seperti Brazil, Peru dan Mexico mempunyai komuniti Islam yang sangat sedikit di mana mempunyai hampir 99 peratus majoriti masyarakat beragama Katolik.

"Di Afrika Selatan, kita akan menumpukan usaha dalam membina rumah selain memfokuskan kepada pendidikan, begitu juga di Brazil, kita merancang untuk membina sekolah di negara itu," katanya.

Beliau berkata, Perlis dipilih oleh MCM dalam penyerahan bantuan sebanyak 40 kerusi roda yang akan diagihkan ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

"Selain itu, kami turut menyerahkan sumbangan pek makanan kepada 300 asnaf di seluruh negeri ini meliputi beras, gula, minyak masak dan pelbagai lagi.

"Nilai keseluruhan bantuan membabitkan pemberian kerusi roda, pek makanan dan jamuan buat asnaf secara keseluruhan adalah berjumlah RM70,000," katanya.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, kerajaan negeri merakamkan penghargaan di atas keprihatinan MCM yang menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf memerlukan di Perlis.

"Seperti yang kita ketahui, MCM sememangnya banyak membantu golongan asnaf dan pemberian bantuan itu adalah bertepatan pada masanya.

"Moga pemberian sumbangan dan bantuan ini dapat memberi keberkatan buat semua penerima terbabit," katanya.



Disiarkan pada: Mei 20, 2023 @ 1:45pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.048157 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list