CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

Pemandu Bas Dakwa Mengelak Haiwan Melintas, Polis Syak Sebab Mengantuk

[Copy link]
Post time 20-5-2023 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Dungun: Polis sudah mengambil keterangan pemandu bas persiaran yang terbabit kemalangan mengorbankan dua penumpang di Kilometer 375.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas hentian Rehat dan Rawat (R&R), Bukit Besi, semalam.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pemandu berusia 26 tahun diambil keterangan sejurus selesai menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.


Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu mendakwa dia cuba mengelak seekor haiwan yang melintas sebelum bas dipandunya itu terbabas dan terbalik.






"Bagaimanapun polis tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai pemandu mengantuk berdasarkan kesan tayar di lokasi kejadian.


"Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Baharudin berkata, hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas pemandu terbabit mendapati dia negatif dadah.


"Ujian alkohol yang turut dilakukan turut negatif dan polis sudah menghantar sampel darah pemandu untuk tindakan lanjut.


"Bas terbabit dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi mengenal pasti sekiranya wujud masalah mekanikal," katanya.


Dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, bas membawa 30 penumpang daripada tujuh keluarga itu dalam perjalanan dari Tampin ke Pulau Redang dipercayai terbabas dan terbalik.


Kemalangan itu menyebabkan dua penumpang, Tan Poh Hwa, 42, meninggal di tempat kejadian manakala Choo Chia Tan,44, meninggal ketika diberi rawatan kecemasan di Hospital Dungun.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.710056 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list