CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Newcastle, United di landasan kecewakan Liverpool

[Copy link]
Post time 20-5-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode

Newcastle dan Manchester United kini jadi pilihan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan berbanding Liverpool ketika saingan EPL musim ini semakin menghampiri penghujungnya. - Foto ihsan CaughtOffside

Sekiranya Manchester City menewaskan bekas juara Eropah, Chelsea di laman sendiri malam esok, skuad Pep Guardiola akan ditabalkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Malah mereka akan dapat meraih gelaran lebih awal sekiranya Arsenal tewas kepada Nottingham Forest awal pagi esok. Ia akan menjadi kejuaraan ketiga berturut-turut dan kelima dalam tempoh enam tahun.

City sudah pasti ingin menjulang trofi malam esok kerana selepas ini mereka mahu menumpukan kepada aksi final Piala FA menentang Manchester United (3 Jun) dan final Liga Juara-Juara bertemu Inter Milan (11 Jun) bagi melengkapkan gelaran trebel semusim.

Apapun, tumpuan utama sebenarnya bagi saingan EPL minggu ini sehingga 28 Mei nanti, adalah perebutan tempat ketiga dan keempat antara Newcastle, United dan Liverpool.



Kedudukan ketiga yang kini dihuni Newcastle dan keempat (United) menjanjikan tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan manakala kelima terpaksa berpuas hati aksi Liga Europa.

Setakat ini, Newcastle berada kedudukan paling selesa selepas menghimpun 69 mata daripada 36 aksi, berkelebihan tiga mata ke atas United dan empat mata ke atas Liverpool yang berada di tangga kelima.

Namun skuad Erik ten Hag masih ada tiga aksi berbanding dua pencabarnya itu, selain kelebihan satu mata ke atas anak buah Jurgen Klopp. Jika menang ke atas Bournemouth malam ini, ia akan menyamai himpunan mata Newcastle dan sekali gus mendahului Liverpool juga dengan kelebihan empat mata.

Malam ini, Liverpool pula akan menyambut kunjungan Aston Villa dengan sasaran mesti menang. Jika tewas, mereka boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Juara-Juara musim depan sekiranya United menang.

Andai seri, mereka tiada pilihan juga kecuali menang aksi terakhir menentang Southampton pada 28 Mei dengan harapan Newcastle dan United tercicir mata baki dua perlawanan.

Saya jangkakan perlawanan di Anfield ini akan sukar jika bersandarkan prestasi semasa kedua-dua pasukan. Liverpool mungkin ada kelebihan beraksi di laman sendiri, namun Villa tampil didorong dengan sasaran menang untuk layak ke Liga Konferens Europa musim depan.

Ketika ini Villa di tangga kelapan dengan 57 mata, terikat dengan Tottenham di tempat ketujuh dan hanya satu mata di belakang Brighton di tangga keenam.

Aksi Bournemouth-United dan Liverpool-Aston Villa akan berlangsung serentak jam 10 malam ini. Newcastle pula akan berdepan Leicester pada awal pagi Selasa, dengan jangkaan mereka akan menang.

Dalam pada itu, misi elak tersingkir kini menjadi fokus Leicester, Leeds, Everton dan Forest minggu ini. Selepas Southampton, dua lagi pasukan bakal menyusul dengan Leicester dan Leeds dijangka jadi mangsa. Selamat menonton

https://www.bharian.com.my/sukan ... kecewakan-liverpool
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.054710 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list