"Sebenarnya sudah lama saya ingin berlakon dalam drama Melayu cuma sebelum ini belum ada rezeki. Bukanlah saya tidak bersyukur dengan rezeki dalam industri lakonan Tamil tempatan, tetapi saya mahu kerjaya lebih berkembang.
"Walaupun saya sudah ada pengalaman berlakon, tetapi dalam pasaran Melayu saya dikira sebagai pelakon baharu. Masih banyak yang perlu saya belajar lagi," ujarnya.
Komited terhadap kerjaya, Irfan juga sanggup melakukan babak aksi sendiri dalam sebuah drama Tamil lakonannya.
Bagi aktor ini ia merupakan satu kepuasan apabila dapat merasakan pengalaman sebegitu meskipun mengalami luka dan cedera ringan.
"Lakonan merupakan minat saya sejak kecil, jadi apabila dapat melakukan pekerjaan yang diminati saya akan lakukan sehabis baik.
"Saya suka genre aksi sebab itu saya tidak kisah untuk melakukan semua aksi lagak ngeri sendiri, terasa lebih puas," jelasnya.
SUmber: mStar