CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga keldai akaun ditahan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 19-5-2023 08:43 PM | Show all posts |Read mode
Tiga keldai akaun ditahan di Pulau Pinang

19 Mei 2023    08:07pm





Tiga lelaki ditahan dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan.




BALIK PULAU - Polis menahan tiga lelaki dipercayai keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa mereka kerugian RM31,452 dalam serbuan berasingan di beberapa lokasi di sekitar Pulau Pinang, Rabu lepas.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan, lelaki pertama berusia 24 tahun disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket tawaran kerja dalam talian tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp.

"Jumlah kerugian mangsa ialah RM21,377 setelah membuat pembayaran secara berperingkat ke lima akaun berlainan.

"Dua lagi lelaki berusia 23 dan 34 tahun pula disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket tawaran kerja dalam talian tidak wujud serta menyamar sebagai pengurus sebuah syarikat kurier dan polis. Mangsa mereka kerugian sebanyak RM3,575 dan RM6,500," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan kesemua mereka direman empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.218751 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list