CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 0

[Kedah] Bom tangan latihan ditemui tepi tong sampah

[Copy link]
Post time 19-5-2023 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Bom tangan latihan ditemui tepi tong sampah

oleh    SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA   19 Mei 2023    03:30pm





Pasukan Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah dikejarkan ke lokasi bagi memeriksa penemuan bom tangan berkenaan.




SUNGAI PETANI - Seorang pengutip barang terbuang terkejut menemui sebutir bom tangan yang digunakan untuk latihan ketika ingin mencari bahan terbuang dekat tepi tong sampah di Batu 5, Jalan Gurun-Jeniang di sini kira-kira 6.45 petang Khamis.

Hassan Hamid, 65, dari Kampung Banggol Sawa, Pendang berkata, bom tangan itu ditemui dalam sebuah kotak kayu di tepi tong sampah tersebut.

Hassan yang juga seorang bekas tentera berkata, ketika sampai, terlihat satu kotak kecil dan cuba memeriksa sekiranya terdapat barangan yang boleh dijual sebelum menemukan sebutir bom tangan di dalamnya.

"Sebaik menyedari benda dalam kotak ialah bom tangan yang digunakan untuk latihan, saya terus hubungi talian kecemasan untuk bantuan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah dikejarkan ke lokasi.

"Pemeriksaan bagaimanapun mengesahkan bahawa bom tangan yang ditemui itu hanyalah digunakan untuk latihan membaling serta tidak mempunyai bahan letupan.

"Bom tangan latihan itu dibawa ke IPD Kuala Muda dan polis membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) untuk meneruskan siasatan bagi mendapatkan pengesahan daripada beberapa pihak tertentu tentang kewujudan objek itu di tempat kejadian," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.179432 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list