CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1246|Reply: 11

"Saya Kena Bercakap Dengan Shaheizy Sam, Pegang Tangan Dan Saling Bertentang Mata,"Zizan Razak

[Copy link]
Post time 19-5-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Momentum yang diberikan Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam trilogi Polis Evo masih memukau.


Bagi Zizan, keserasian yang dicipta bersama-sama Shaheizy Sam Abdul Samad, 40, sepanjang lapan tahun adalah sebuah anugerah kerana masing-masing saling memberi tenaga yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan filem ini.


Foto: IG




“Bila tengok saya dan Sam keluar (di layar), saya terus meremang. Sebab saya tidak hanya melihat lakonan tetapi juga terkenang belakang tabir filem ini di mana kami menghafal dialog, menahan kesakitan semasa penggambaran, setahun kami berlatih guna pistol dan lain-lain.


“Saya seorang pelawak dan susah nak serius kecuali jika saya sakit perut. Namun semasa penggambaran dan kami memerlukan babak serius, saya kena bercakap dengan Sam, pegang tangan dan saling bertentang mata antara satu sama lain.


  



“Dulu kami segan, tapi sekarang kami sangat akrab seperti adik-beradik,” katanya kepada Utusan.


Jenama Polis Evo sangat dekat dengan jiwa Sam sehingga dia berharap tidak tua demi meneruskan karakter ‘Inspektor Khai’ di dalam filem ini.


  



“Sampai sekarang, sudah lapan tahun berkenalan dengan Zizan.


“Banyak filem saya sebelum ini hanya ada satu karakter penting sahaja. Namun, kali ini kami adalah duo. Keakraban itulah yang kami cipta sampailah kita betul-betul rapat sehingga Polis Evo 3.


“Kalau boleh saya tak nak tua sebab nak selalu jadi inspektor Khai sampai bila-bila,” tambahnya.




  



Menelan belanja melebihi RM8 juta, Zizan dan Sam berharap Polis Evo 3 yang bakal menemui penonton 25 Mei ini akan memperoleh kutipan luar biasa.


“Jika anda menonton filem ini, dialog terakhir antara saya dan Sam sebenarnya memberikan kesan yang besar kepada kami. Lima tahun menunggu Polis Evo 3. Saya harap ia akan dapat mencapai kutipan luar biasa,” kata Zizan.


Bagi Sam, banyak cabaran yang dihadapinya untuk trilogi Polis Evo ini. Semoga usahanya berbaloi dan memberikan kepuasan kepada penonton di panggung nanti.




  



“Kejayaan Polis Evo satu dan dua sebelum ini sebenarnya memberikan sebuah cabaran untuk menghasilkan filem yang lebih baik. Sebab selalunya kalau filem sampai ketiga atau keempat orang mungkin dah menyampah.


“Namun, itu adalah cabaran yang kami terpaksa lalui untuk pastikan semua penonton gembira. Kalau boleh saya nak filem ini sampai Polis Evo ke 26. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang pernah menyokong kami sejak Polis Evo 1 dahulu,” tambahnya.


Terdahulu, Polis Evo 1 telah mencatat kejayaan dengan meraih kutipan sebanyak RM17.8 juta diikuti Polis Evo 2 yang mencatatkan kutipan melebihi RM20 juta. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2023 05:20 PM | Show all posts
Meolls kene tengok Evo1 dulu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ada syafiq kyle la..kena tgk ni
nak tgk tp hero hauk3 la pulaks
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 19-5-2023 05:20 PM
Meolls kene tengok Evo1 dulu ke?

Rasa mcm kena tgk sbb polis evo 3 pelakon2 asal yg 1 tu ada kembali tp bkn semua laa

Iols tgk kat youtube tayangan perdana 20 minit tu, taktau nk komen cemana kena tgk smp abis laa
Jujurnya iols lebih minat Ghaz Abu Bakar tp kita tgk hasil kerja syafiq bay ni cemana. si zhafblog tu bg rate tinggi plak
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 19-5-2023 09:54 PM
Rasa mcm kena tgk sbb polis evo 3 pelakon2 asal yg 1 tu ada kembali tp bkn semua laa

Iols tgk kat ...

Ghaz yang first kan? Tu yang paling best. Nombor 2 best tapi dah jadi dark sangat pulak. Nombor tiga ni ada yang dah tengok kata banyak komedi balik tapi harap harap bukan komedi splastik stail Abang Long Fadil lah. Abang Long Fadil tu jadi turun iq kalau tengok hahaha padahal Syafiq ni kalau buat filem serius macam S.A.M dengan Misteri Dilaila tu okay je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang first pun agak bosan bagi iols...

Nak² kena hadap muka si kopok losong kertu tu. Memang tak la nak tengok.

Baik aku tengok filem2 pasal binatang. Lagi berair nengok.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2023 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgok mcm best... Tapi takut kecewa mcm Evo 2 pula...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah lapan tahun tak naik2 pangkat ke? Masih lagi inspektor.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2023 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
izat123 replied at 19-5-2023 10:02 PM
Ghaz yang first kan? Tu yang paling best. Nombor 2 best tapi dah jadi dark sangat pulak. Nombor ti ...

Misteri dilaila tu kan sbb heols copy idea filem luar negara. I cuba tgk filem2 syafiq ni, tp boring for me. Straight je cerita dia. SAM tu lg 5minit last, i ditch the movie. Xtau apa yg hype sgt. Pdhal genre2 tu i suka. Mcm KIL tu, lg best
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
izat123 replied at 19-5-2023 10:02 PM
Ghaz yang first kan? Tu yang paling best. Nombor 2 best tapi dah jadi dark sangat pulak. Nombor ti ...

Ya yang 1st, yg ke 2 pengarah lain dan cite berat kurang komedi.

Hat ke 3 ni katanya syafiq mcm gabungkan elemen yg ada pada 1&2 camtu la kot.
Iols ok je pasal pelakon2 polis evo 1 tu ada balik cth mcm keluarga insp sani tu tp mcm sian plak lamanya adik dia kapel ngn insp khai tak nikoh2 lagi tup2 abangnya yg kawen dulu walau baru je kenal bakal isteri.
Ingatkan yg ke 3 ni dah kawen n ada ank2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 19-5-2023 09:54 PM
Rasa mcm kena tgk sbb polis evo 3 pelakon2 asal yg 1 tu ada kembali tp bkn semua laa

Iols tgk kat ...

Ooo..betul la igtan aku..evo 1..si ghaz....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
iols paling nyampah dengan zizang ni tapi nak tengok PE3 sebab memang folo dari dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.060032 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list