CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

[Pulau Pinang] DUN Pulau Pinang bubar pada minggu ketiga atau keempat Jun

[Copy link]
Post time 19-5-2023 01:17 PM | Show all posts |Read mode
DUN Pulau Pinang bubar pada minggu ketiga atau keempat Jun


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mei 19, 2023 @ 1:07pm bhnews@bh.com.my




Ketua Menteri, Chow Kon Yeow




GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang kekal berpegang dengan perancangan asal untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada minggu ketiga atau keempat Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata ia sejajar dengan ketetapan antara enam negeri yang bersetuju membubarkan DUN dalam tempoh sama bagi mengadakan PRN secara serentak.

"Seperti ditetapkan keenam-enam negeri ada persetujuan membubarkan DUN dalam lingkungan dua minggu terakhir Jun dan daripada kenyataan yang saya baca, setiap negeri ada pertimbangan masing-masing.

"Ini kerana ada acara kerajaan dan sebagainya, namun di Pulau Pinang kita tetap berpegang pada pelan asal iaitu membubarkan DUN sama ada minggu ketiga atau keempat," katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata beliau akan menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mendapatkan perkenan baginda membubarkan DUN bagi memberi laluan pilihan raya negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pula berkata beliau bersedia menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi memohon pembubaran DUN Selangor bulan depan, manakala DUN Negeri Sembilan akan dibubarkan pada akhir Jun ini.

Mengambil kira tempoh pembubaran itu, PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu serta Kelantan dijangka diadakan pada Julai atau Ogos, iaitu 60 hari daripada hari pembubaran.

Tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan kini di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), manakala Terengganu, Kedah dan Kelantan, di bawah teraju Perikatan Nasional (PN).

PRN itu perlu diadakan berikutan tempoh mandat DUN di enam negeri berkenaan akan berakhir pertengahan tahun ini.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.390171 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list