CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Perlis] Kes Covid-19 di Perlis meningkat 47 peratus

[Copy link]
Post time 18-5-2023 06:15 PM | Show all posts |Read mode
Kes Covid-19 di Perlis meningkat 47 peratus

18 Mei 2023   05:07pm





Gambar hiasan



KANGAR - Jumlah kes Covid-19 di Perlis bagi Minggu Epid ke-19 iaitu dari 7 hingga 13 Mei meningkat sebanyak 47 peratus atau 87 kes berbanding minggu sebelumnya.

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) menerusi hantaran dalam Facebook memaklumkan daripada jumlah itu, 83 ialah kes tempatan manakala empat lagi ialah kes import.

"Sebanyak 51 kes (59 peratus) dikesan melalui saringan bergejala, 16 kes (18 peratus) dikesan melalui saringan survelan-sARI, lapan kes (sembilan peratus) dikesan melalui saringan kontak rapat, enam kes (tujuh peratus) dikesan melalui saringan individu disyaki, lima kes (tujuh peratus) saringan survelan-ILI dan satu kes (satu peratus) dikesan melalui saringan prakemasukan hospital," menurut hantaran itu.

JKNPs memberitahu 60 kes (69 peratus) berada di bawah pemantauan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) manakala 27 kes (31 peratus) di bawah pemantauan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Menurut jabatan itu, peningkatan kes didapati berpunca daripada aktiviti perjumpaan keluarga dan sosial sepanjang bulan puasa dan hari raya. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.292362 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list