CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

[Kedah] Sumber air Sungai Muda tidak tercemar

[Copy link]
Post time 18-5-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode

Kawalan salah satu pintu air terbuka sendiri atas masalah teknikal selama 11 jam di Lembagan Sungai Muda. FOTO NSTP

Alor Setar: Penyusutan paras Sungai Muda akibat kerosakan baraj pada Ahad lalu, tidak menjejaskan kualiti sumber air berkenaan dengan ia boleh dirawat untuk kegunaan pengguna domestik.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata bacaan kualiti air sungai berkenaan sentiasa berada dalam pengawasan beberapa stesen JAS yang dihantar setiap jam secara automatik kepada pegawai bertanggungjawab.

"Kita ada stesen pengawasan automatik di Pinang Tunggal, jadi setiap jam sistem di stesen ini akan hantar data dalam bentuk sistem pesanan ringkas kepada pegawai kita untuk kita pantau kualiti air di Sungai Muda.

"Berdasarkan keputusan ujian kami, kualiti air Sungai Muda berada pada purata kelas dua hingga tiga pada skala indeks kualiti air yang disifatkan selamat untuk dirawat dan digunakan untuk kegunaan domestik," katanya ketika ditemui ketika Rumah Terbuka Aidilfitri JAS di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan kira-kira 251,800 akaun di daerah Kuala Muda, Kulim dan sebahagian kawasan Baling terjejas akibat penurunan paras air Sungai Muda secara mendadak disebabkan kerosakan pintu baraj.

Susulan itu, Syarikat Air Darul Aman (SADA) memaklumkan LRA Pinang Tunggal dan LRA Kulim Hi-Tech menghentikan operasi sehingga paras Sungai Muda kembali stabil.

Bagaimanapun, Sharifah Zakiah menegaskan kepada orang ramai terutamanya di kawasan Sungai Muda untuk tidak melakukan sebarang aktiviti yang berisiko berlakunya pencemaran air.

Katanya, aktiviti yang boleh mencemarkan sungai adalah seperti pembukaan tanah secara besar-besaran tanpa kawalan dan sisa penternakan yang akan menyebabkan pepejal terampai (air keruh) sekali gus menjadikan kualiti air dijangkiti ammonia.

Sementara itu, Sharifah Zakiah menasihatkan orang ramai termasuk petani supaya mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka bagi menjaga kualiti udara.

"Setakat ini kualiti udara masih terkawal tetapi risiko berlaku kebakaran berskala besar akan meningkat ketika cuaca kering dan panas.

"Mereka yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka boleh didakwa mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang jika sabit kesalahan denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... muda-tidak-tercemar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.209715 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list