CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

Polis Trafik Kehabisan Surat Saman

[Copy link]
Post time 18-5-2023 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Kesalahan trafik tinggi sepanjang operasi pemeriksaan dan sekatan jalan yang dilaksanakan awal minggu ini menyebabkan Polis Metro Jakarta Barat kehabisan surat saman ketika melakukan pemeriksaan di Jalan Raya Daan Mogot kelmarin.


Ketua Unit Trafik Polis Metro Jakarta Barat, Pesuruhjaya Maulana Karepesina mengesahkan kebanyakan saman trafik yang dikeluarkan melibatkan kesalahan tidak memakai topi keledar, melawan arus dan penumpang motosikal yang melebihi dua orang.




POLIS trafik kehabisan surat saman ketika melakukan pengawasan di sekitar jalan yang sibuk di Jakarta Barat kelmarin.-AGENSI




Difahamkan, polis trafik sekali lagi melaksanakan operasi saman secara manual terhadap pesalah jalan raya sejak Selasa lalu.


Salah satu lokasi penguatkuasaan undang-undang jalan raya secara manual ialah di laluan penghubung bagi kawasan Jakarta-Tangerang di Cengkareng.


Bagaimanapun, Maulana berkata, penggunaan surat saman secara manual oleh polis trafik masih terhad berikutan larangan penguatkuasaannya sebelum ini.


“Penyediaan borang surat saman sementara adalah terhad kerana terdapat larangan penguatkuasaan secara manual beberapa hari lalu, jadi borang tiket dikutip ketika itu,” kata Maulana ketika dihubungi CNN Indonesia.


Beliau juga berkata, pihaknya masih membenarkan saman dikeluarkan ketika pemantauan rutin pegawai kerana masih terdapat beberapa kawasan yang tidak diliputi oleh tiket elektronik (E-TLE) terutamanya Kembangan, Kebon Jeruk, Tambora dan Kalideres.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.030821 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list