CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

[Kedah] Tebal muka pinjam wang rakan-rakan untuk rawat kanser paru-paru

[Copy link]
Post time 18-5-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode

ZAINUDIN Ahmad Don yang hilang selera makan akibat kanser paru-paru tahap empat yang dihidapinya mengambil susu formula khas sebagai pengganti makanan. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Jitra: Seorang lelaki terpaksa mengenepikan perasaan malu apabila terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakannya untuk menampung kos rawatan kanser paru-paru di hospital kerana tidak mampu.

Selain itu, Zainudin Ahmad Don, 53, dia terpaksa menggunakan wang itu untuk membeli alat 'Indwelling Pleural Catheters (IPC) bernilai RM1,200 yang dipasang pada tubuh untuk mengeluarkan urin.

Menurutnya, dia disahkan menghidap kanser paru-paru Januari lalu selepas mengalami batuk berpanjangan sehingga berdarah sejak tahun lalu.

"Saya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan doktor mengesahkan saya menghidap kanser paru-paru selepas menjalani ujian imbasan dan mendapati terdapat asap putih di paru-paru.

"Kanser itu juga sudah merebak ke bahagian badan lain dan kini sudah di tahap empat.

"Disebabkan itu, saya kini tidak dapat bekerja dan hanya duduk berehat di rumah manakala isteri, Halimaton Ghani, 54, yang sebelum ini bekerja kilang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga saya menyebabkan kami hilang mata pencarian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Machang, Mukim Gelong, di sini hari ini.

Zainudin yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori berkata, setakat ini dia sudah menjalani empat kali rawatan kemoterapi dan rawatan susulan.

Katanya, rawatan kemoterapi memang agak memenatkan dan menyebabkan dia tidak berselera makan tetapi itulah cara untuk mematikan sel kanser supaya tidak terus merebak.

"Berat badan saya juga semakin susut daripada 105 kilogram (kg) kini menjadi 61 kg kerana tidak ada selera makan.

"Nak beli susu formula khas agak mahal dan saya kuatkan semangat melawan penyakit ini," katanya.

Zainuddin berkata, dia perlu membeli ubat untuk mencairkan darah yang berharga RM300 sebulan kerana tidak dapat menjalani pembedahan disebabkan mempunyai masalah jantung.

Katanya, dia terpaksa menahan malu meminjam duit daripada rakan-rakan kerana perlu membeli IPC itu serta kos ulang alik ke hospital.

"Mujur mereka faham keadaan saya dan saya mempunyai tiga anak yang turut membantu tetapi mereka pun sudah berkeluarga dan memerlukan kos yang tinggi untuk meneruskan kehidupan.

"Saya tak tahu macam mana cara lagi untuk dapatkan wang kerana bagi saya rawatan hospital sangat penting untuk menyelamatkan nyawa saya," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam miliknya menerusi akaun 02039025297247.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal menziarahinya dan menghulurkan sumbangan wang tunai serta susu formula khas serta alat penjagaan diri untuk kegunaan Zainudin.

Katanya, pihaknya bersedia untuk memberi sokongan moral serta bantuan yang diperlukan untuk membantu Zainudin meneruskan kehidupan seharian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-kanser-paru-paru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.050279 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list