CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

[Kedah] MAQIS gagalkan cubaan seludup 26 tan keratan ayam sejuk beku

[Copy link]
Post time 18-5-2023 11:43 AM | Show all posts |Read mode

MAQIS menggagalkan cubaan menyeludup lebih 26 tan keratan ayam sejuk beku dianggar bernilai RM234,000 dari negara jiran.- Foto NSTP/Ihsan MAQIS

ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menggagalkan cubaan menyeludup lebih 26 tan keratan ayam sejuk beku dianggar bernilai RM234,000 dari negara jiran.

Ketua Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam, Tuan Mohd Sukor Shafie, berkata lori kontena membawa 2,167 kotak keratan ayam itu ditahan ketika pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan

Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, 8 malam Ahad lalu.

Katanya, pemeriksaan mendapati keratan ayam itu cuba dibawa masuk dengan mengemukakan maklumat tidak tepat dan dokumen yang mengelirukan.



"Kegagalan mengemukakan maklumat yang tepat atau mengelirukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

https://www.bharian.com.my/berit ... tan-ayam-sejuk-beku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056259 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list