CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 651|Reply: 2

Pelakon Jangan Bodoh, "Tanya Tentang Insurans, Paramedik Dan Kelengkapan Keselamatan Sebelum Lakukan Babak Aksi,"-Farali Khan

[Copy link]
Post time 18-5-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Farali Khan membariskan beberapa perkara penting yang perlu diteliti seseorang pelakon sebelum memberikan persetujuan untuk menjayakan sesebuah babak aksi.


“Tubuh badan kita nak pakai lama. Sebab itu kena buat latihan betul-betul sebelum melakukan sebarang aksi berisiko untuk sebuah filem. Jangan buat sewenang-wenangnya.


Foto: IG




“Kita kena fikir semasak-masaknya, ikut logik akal. Boleh buat atau tidak. Jangan sesekali buat perkara yang diluar kemampuan.


“Sebagai pelakon, saya juga, akan berbincang semula apabila mendapati aksi yang diminta pengarah terlalu ekstrim atau berbahaya. Kalau saya tak mampu, saya akan bincang untuk cari cara yang lebih selamat bagi menjayakan babak berkenaan,” katanya kepada Utusan Online.


  



Kata pelakon yang aktif dalam sukan tinju itu, baginya keselamatan di set penggambaran terlalu penting untuk dipandang sebelah mata.


Dia sebolehnya akan menggariskan beberapa keperluan sebelum mengatakan ‘ya’ terhadap projek filem aksi yang ditawarkan kepadanya.




  



“Perkara pertama yang akan saya tanyakan kepada pihak produksi adalah tentang insurans, disediakan atau pun tidak. Kemudian paramedik dan kelengkapan keselamatan.




  



“Sepanjang pengalaman saya buat filem aksi, belum jumpa lagi syarikat produksi yang gagal sediakan benda itu semua,” jelasnya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 11:51 AM | Show all posts
laaa sheols rhopernyaa yang dalam the assistant tu?

tapi memang no doubt tip top betul aksi2 sheols buat tu yach...
iols mati2 hengat theyols ambik pelakon hendon mana rupanya pelakon malaysia yach...

go go teruskan... bila tahu tu sheols suka pulak lakonan sheols... biar lah suam2 kuku tapi kekal sebagai pelakon berkualiti...

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 08:36 AM | Show all posts
sape ko ni like euyeewwwwwwwwwwwwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.099376 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list