View: 172|Reply: 0
|
FA Inggeris gantung Toney lapan bulan
[Copy link]
|
|
Penyerang Brentford, Ivan Toney digantung lapan bulan kerana melanggar peraturan pertaruhan. - Foto REUTERS
LONDON: Penyerang Brentford, Ivan Toney berjanji akan kembali beraksi selepas digantung daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak selama lapan bulan kerana melanggar peraturan pertaruhan.
Toney, didakwa oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris pada November dengan 262 tuduhan sepanjang tempoh empat tahun dan digantung serta didenda 50,000 pound (RM282,402) oleh badan induk itu.
"Ivan Toney digantung daripada bola sepak dan aktiviti berkaitan sukan itu selama lapan bulan, berkuat-kuasa serta-merta sehingga 16 Januari 2024, didenda 50,000 pound dan diberi amaran.
"Penyerang Brentford FC itu didakwa dengan 262 pertuduhan melanggar Peraturan E8 FA antara 25 Februari 2017 sehingga 23 Januari 2021. FA menarik balik 30 pertuduhan dan dia mengakui baki 232 pertuduhan," kata FA.
"Saya kini akan fokus untuk kembali bermain sukan yang saya cintai musim depan," kata Toney.
Toney akan terlepas dua aksi terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini, di Tottenham pada Sabtu dan menentang Manchester City pada hari terakhir kempen.
Toney, hanya sekali menyarung jersi England ketika menentang Ukraine pada Mac, meledak 21 gol dalam 35 penampilan untuk Brentford musim ini.
Jaringannya membantu Brentford menghuni tangga kesembilan liga dengan kempen hanya berbaki dua perlawanan.
Toney bukan pemain berprofil tinggi pertama digantung kerana kesalahan berkaitan pertaruhan.
Pertahanan England, Kieran Trippier, yang kini bersama Newcastle, digantung 10 minggu dan didenda oleh FA pada tahun 2020 kerana memberi maklumat kepada rakannya untuk bertaruh ke atas perpindahannya dari Tottenham ke Atletico Madrid.
Pada tahun 2017, pemain Burnley, Joey Barton digantung 18 bulan sebelum dikurangkan kepada 13 bulan, selepas mengakui bertaruh sebanyak 1,260 kali sepanjang tempoh 10 tahun. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... g-toney-lapan-bulan |
|
|
|
|
|
|
| |
|