|
MANE cetus masalah di Bayern Munich.
London: Manchester United mahu menandatangani Sadio Mane pada musim panas ini tetapi bakal mendapat persaingan daripada Newcastle, menurut laporan semalam.
Bekas pemain sayap Liverpool itu dijangka meninggalkan Bayern Munich selepas hanya semusim bersama gergasi Bundesliga itu. Sky Sports di Jerman mendakwa Bayern mahu melepaskan Mane susulan masalah ditimbulkan pemain itu.
Pemain antarabangsa Senegal itu menumbuk rakan sepasukan Leroy Sane selepas tamat aksi Liga Juara-Juara menentang Manchester City dan dia digantung satu perlawanan serta denda £250,000 (RM1.41 juta).
Dia sepatutnya mendapat bayaran £17.4 juta (RM98.20 juta) setahun, bermakna tidak banyak kelab mampu memilikinya namun bukan halangan kepada Man Utd yang berminat kerana berpendapat Mane boleh menambah bisa di bahagian serangan mereka.
Mane sebelum menyertai Liverpool pada 2016 pernah berhasrat berpindah ke Red Devils dan minat ditunjukkan membuka peluang kepadanya kembali beraksi di England.
Sementara itu, Newcastle turut meminati pemain berusia 31 tahun itu ketika pengurusnya Eddie Howe mahu memiliki lebih banyak pilihan di bahagian serangan dengan tiket Liga Juara-Juara semakin hampir dalam genggaman.
Chelsea juga dilaporkan memantau situasi Mane tetapi mereka sudah pun memiliki beberapa pemain sayap manakala kepulangan ke Anfield tidak mungkin berlaku selepas Jurgen Klopp menandatangani Cody Gakpo dan Darwin Nunez selepas perpindahannya.
Di luar Liga Perdana, pemenang Liga Juara-Juara itu mungkin boleh menyertai Barcelona tetapi perlu berdepan pemotongan gaji susulan masalah kewangan dihadapi juara La Liga itu.
Kelab dari Arab Saudi antara destinasi baharu boleh dituju Mane ketika mereka mahu menambah lebih ramai pemain berprofil tinggi di liga mereka.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-united-mahu-mane |
|
|
|
|
|
|
| |
|