View: 922|Reply: 11
|
Toki Didakwa Dah Meninggal Dunia, Isteri Kesal Orang Suka Sebar Berita Palsu
[Copy link]
|
|
Berita penyanyi Toki, 56, meninggal dunia adalah tidak benar. Perkara itu disahkan oleh isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof menerusi satu kumpulan WhatsApp.
Sharifah Fairuz yang lebih mesra dengan gelaran Mummy berkata, dia menerima banyak panggilan tanpa henti daripada sahabat-sahabat kelab peminat yang bertanyakan kesahihan berita ini.
Foto: Harian Metro
"Di sini saya ingin menyatakan berita di atas tidak benar sama sekali. Tak tahu macam mana boleh dapat berita palsu sebegini kerana ada juga artis-artis lain dapat berita begini.
"Memang Daddy Toki ada sakit tapi bukan sakit sampai boleh membawa kepada berita sebegini. Harap kita dapat menyampaikan berita dan maklumat yang penting sahaja yang betul.
"Jadi kepada sahabat-sahabat, jangan bimbang kerana Daddy Toki berada dalam keadaan sihat walafiat.
Cuma sekarang Daddy Toki sibuk dengan projek-projek akan datang dan dia sekarang berada di studio baru dengan Man Kidal sekeluarga," katanya yang turut meminta peminat mendoakan kejayaan suaminya.
Terdahulu petang tadi peminat digemparkan dengan berita penyanyi lagu popular Biasan ini meninggal dunia menerusi perkongsian beberapa individu di media sosial.
Bagaimanapun tinjauan terbaru mendapati perkongsian ini sudah dipadamkan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
tau la bini tu muda banyak dari laki pun. tapi beragak la nak berdaddy bagai hish.
tok ki ke yantzen tah yang duduk pondok tepi hutan katanya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke dia ni tggl dlm hutan? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha.. tinggal dalam hutan pun ada projek studio yachhh.. uols mampu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga To'ki sihat sentiasa.. Betty Banafe, Nur Fatima pun semoga sihat selalu.. Kepala otak la siapa yang sebar berita palsu tak kira pasal kematian ke, penambahan saluran baru dalam platform MYTV ke, letak jawatan ke, dan lain-lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Palsu.. To'ki masih hidup la..
|
|
|
|
|
|
|
|
sedap lemang toki, tp masin sikit, ke sebelum ni aku mmg makan lemang tawar? |
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 18-5-2023 07:37 AM
hahahaha.. tinggal dalam hutan pun ada projek studio yachhh.. uols mampu?
hahahaha...sanggup eh binik dia dduk dlm utan...adeh laa. |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun kepamnyaaa nokkk...
kenapa anak2 orang asli yang hilang kat pos tohoi tu nampak lagi bersih dari ko ni toki oi... dok mengacip patimah lagi ke tu...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|