CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

[Kedah] Bekalan air mineral di Kedah mencukupi, jangan buat pembelian panik

[Copy link]
Post time 17-5-2023 04:30 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Alor Setar: Bekalan air mineral yang dikatakan berkurangan di daerah Kuala Muda sejak Isnin lalu, kini kembali pulih selepas syarikat pemborong menghantar bekalan ke kawasan terjejas.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, isu kekurangan air mineral di Kuala Muda adalah disebabkan masalah teknikal akibat gangguan bekalan air di daerah itu.

Katanya, disebabkan itu penduduk yang terjejas dikatakan membuat pembelian panik air mineral dalam jumlah banyak sehingga kehabisan stok di kedai runcit.

"Namun kita melakukan operasi harian dan Op Manis yang dijalankan pegawai KPDN Kedah, didapati bekalan air mineral di negeri ini sudah kembali pulih.

"Semakan dengan syarikat ejen dan pembekal air mineral di negeri ini memaklumkan bekalan mencukupi dan setakat ini kita tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berhubung masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat KPDN Kedah, Anak Bukit di sini hari ini.

Affendi berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sebarang aduan daripada pengguna atau peniaga berhubung masalah berkaitan kepenggunaan.

Beliau berkata, sekiranya kedai runcit atau pasar mini yang mempunyai masalah stok kehabisan mineral, mungkin mereka ada masalah dengan pembekal dan itu di luar bidang kuasa pihaknya.

"Jika ada pemborong tidak mahu menghantar air mineral tanpa sebarang alasan, peniaga boleh membuat aduan kepada pihak KPDN untuk memudahkan kita menjalankan siasatan," katanya.

Semalam, media melaporkan banyak kedai runcit dan pasar mini di daerah Kuala Muda mendakwa kehabisan stok air mineral disebabkan orang ramai membelinya untuk kegunaan harian selepas kawasan itu mengalami gangguan bekalan air sejak tiga hari lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uat-pembelian-panik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.153745 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list