CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

[Perlis] Bekalan air di Perlis mencukupi

[Copy link]
Post time 17-5-2023 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan air di Perlis mencukupi


BERNAMA



Empangan Timah Tasoh.



Kangar: Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan air di negeri ini mencukupi walaupun cuaca panas melanda seluruh negara ketika ini.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata paras bekalan air di Empangan Timah Tasoh mencukupi bagi menampung keperluan semasa rakyat.

"Saya dimaklumkan bekalan air di Empangan Timah Tasoh boleh menampung keperluan untuk jangka masa dua bulan lagi jika cuaca panas terus berlarutan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Rakyat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis ke-80 di Dataran Dato' Sheikh Ahmad hari ini.

Antara sukan rakyat yang dianjurkan sempena program itu ialah pertandingan sepak regu, pertandingan tendangan penalti dan lain-lain.

Selain itu Mohd Shukri menasihati orang ramai agar meminum air secukupnya dan tidak terlalu lama terdedah dengan cuaca panas yang boleh menjejaskan kesihatan.

"Saya ingin berpesan kepada pesawah agar tidak berada terlalu lama di bawah cuaca panas dan begitu juga dengan seluruh rakyat negeri ini," katanya.

Ditanya pemberita tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan negeri jika pusat mengumumkan darurat cuaca panas, beliau berkata kerajaan negeri menerusi Syarikat Air Perlis (SAP) sedang melakukan kajian keperluan untuk memasang telaga tiub untuk keperluan rakyat.

"Kita akan pasang telaga tiub berdekatan dengan jalan raya bagi memudahkan orang ramai dapatkan bekalan air dan jumlah telaga tiub serta lokasi masih dalam peringkat kajian," katanya.



Disiarkan pada: Mei 17, 2023 @ 12:47pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.369130 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list