View: 145|Reply: 0
|
Detik penentuan Leverkusen
[Copy link]
|
|
ALONSO tekad bawa Leverkusen ke final Liga Europa. FOTO Marca.com
Berlin: Bayer Leverkusen akan menerima kunjungan Roma Jumaat ini dan mengetahui peluang mereka untuk mara ke final Liga Europa tidak mudah apabila perlu berdepan barisan pemain Jose Mourinho.
Roma yang dipimpin Mourinho kini mendahului dengan agregat 1-0 selepas berjaya mematahkan serangan bertali arus Leverkusen yang dikendalikan Xabi Alonso di Rom.
Roma berjaya menahan Leverkusen daripada menjaringkan gol buat kali pertama dalam kempen Liga Europa ini.
Menuju kepada perlawanan separuh akhir kedua, Leverkusen kini sudahpun menjaringkan 14 gol dalam enam perlawanan musim ini dengan gol datang daripada sembilan pemain berbeza.
Kebangkitan Leverkusen daripada zon penyingkiran kepada calon merangkul trofi Eropah di bawah pimpinan Alonso didorong oleh bakat yang dimiliki barisan pemain muda di bahagian serangan pasukan itu.
Dengan beberapa kelab terkemuka Eropah sudah tersingkir, ia lebih memudahkan tugas pemain Alonso sendiri dengan Leverkusen – dengan hanya dua trofi utama dalam sejarah kelab, kini tahu betapa pentingnya peluang ini.
Pada awal Mei, Alonso menepis spekulasi bahawa dia akan ke Real Madrid atau Tottenham dengan berkata "untuk bulan-bulan ini dan untuk musim depan, kepala saya 100 peratus di sini."
Kami mempunyai matlamat hebat yang ingin kami capai."
Alonso menyuarakan perkara itu selepas Leverkusen diikat 1-1 dengan pasukan di zon penyingkiran Stuttgart pada dalam aksi liga dan berkata: Dia "sangat berpuas hati" dengan "keinginan dan kemahuan pasukannya yang akan berjuang hingga akhir."
Dengan Leverkusen di tempat ketujuh dalam Bundesliga, terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara dan berada di kedudukan bahaya terkeluar dari saingan Eropah musim depan, perlawanan Khamis adalah sangat penting.
Leverkusen memang mempunyai rekod yang kukuh di laman sendiri selepas menewaskan Atletico Madrid, Bayern Munich, RB Leipzig dan Union Berlin musim ini.
Tanpa kemenangan dalam lima perlawanan liga, Roma yang berada di tangga keenam juga terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara.
Leverkusen memang mempunyai rekod yang kukuh di laman sendiri selepas menewaskan Atletico Madrid, Bayern Munich, RB Leipzig dan Union Berlin musim ini.
Tanpa kemenangan dalam lima perlawanan liga, Roma yang berada di tangga keenam juga terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... enentuan-leverkusen |
|
|
|
|
|
|
| |
|