View: 140|Reply: 0
|
Kelab EPL berebut mahu dapatkan Mane
[Copy link]
|
|
Pemain Bayern Munich, Sadio Mane ketika beraksi menentang Manchester City dalam Liga Juara-Juara di Stadium Etihad. - AFP
LONDON: Sadio Mane dilaporkan sudah tiada masa depan di Bayern Munich.
Dan empat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan bersedia untuk membawanya kembali ke England musim panas ini.
Mane menyertai Bayern dari Liverpool musim panas lalu dengan harga £27 juta (RM152.27 juta).
Namun dia gagal mendapatkan kembali prestasi lamanya dengan hanya menjaringkan tujuh gol dalam liga selepas mengalami kecederaan yang menyebabkan dia tidak dapat beraksi di Piala Dunia.
Kekecewaan Mane memuncak di bilik persalinan apabila dia didakwa menyerang rakan sepasukan, Leroy Sane selepas kekalahan Bayern dalam Liga Juara-Juara di tangan Man City.
Dan The Mail kini mendakwa Thomas Tuchel mahu menjual Mane.
Bekas bos Chelsea itu mahu penyerang Nombor 9 sebenar bagi mengetuai barisannya musim depan.
Bagaimanapun pastinya banyak kelab EPL bersedia untuk kembali membawa Mane ke England.
Kelab lama Tuchel, Chelsea difahamkan mendahului senarai memburu Mane selepas persembahan hambar dalam musim pertama bersama Todd Boehly.
Skuad Blues mahu menambah pilihan di bahagian serangan selepas hanya meledak 36 gol dalam liga.
Dan Mane pasti akan memberikan skuad kendalian Mauricio Pochettino pengalaman EPL yang amat diperlukan berbanding pemain baharu.
Satu lagi pilihan buat Mane ialah Arsenal, yang dilihat hampir melepaskan peluang untuk gelaran pertama selepas hampir 20 tahun.
Mikel Arteta sudah menyaksikan impak mampu diberikan dua pemain berpengalaman, Jorginho dan Leandro Trossard.
Dan Mane boleh menambah kepimpinan dalam kalangan pemain muda Arsenal.
Selain itu, Newcastle juga dilihat berminat mendapatkan pemain dengan kualiti dimiliki Mane. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -mahu-dapatkan-mane |
|
|
|
|
|
|
| |
|