CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Aiman fokus bantu Kedah pula

[Copy link]
Post time 17-5-2023 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Aiman fokus bantu Kedah pula


AIMAN Afif diasak pemain Vietnam.



Kuala Lumpur: Tonggak serangan skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Aiman Afif Md Afizul mahu menjadikan kekecewaan di Sukan Sea baru-baru ini sebagai pembakar semangat buatnya tampil lebih baik bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Menurut Aiman, dia harus segera lupakan episod duka pada penyertaan di Kemboja sekiranya mahu pergi lebih jauh dan mengejar lebih banyak minit permainan.

"Dengan KDA FC, saya nak fokus untuk dapatkan minit permainan dan mahu bantu pasukan berada di kedudukan terbaik. Memang kecewa apabila gagal lepasi peringkat kumpulan Sukan Sea tetapi ini cabaran untuk kita.

"Kadang-kadang dalam bola sepak benda seperti ini boleh berlaku. Kalau ikutkan saya pun belum puas hati dengan prestasi sendiri namun apa yang saya boleh cakap, kita kena melangkah ke depan," katanya.

Dalam pada itu Aiman berkata, meskipun kegagalan skuad B-22 kali ini jelas menjadi 'buah mulut' dalam kalangan peminat bola sepak tempatan namun dia menegaskan seluruh pasukan sudah pun mencuba sehabis baik untuk menghadirkan keputusan lebih baik.

"Bagi saya ia (gelaran ibu emas kepada acara bola sepak) tidak beri tekanan dan semua pemain mahu bawa balik pingat emas tetapi pada akhirnya, masih ada perkara yang kami perlu baiki. Kami sudah pun mencuba sehabis baik untuk capai objektif pasukan. Tetapi mungkin kali ini bukan lagi rezeki kami," katanya.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... us-bantu-kedah-pula

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.049436 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list