CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

[Pulau Pinang] Latihan LIMA'23 menggegarkan ruang udara Butterworth

[Copy link]
Post time 16-5-2023 11:24 PM | Show all posts |Read mode
Latihan LIMA'23 menggegarkan ruang udara Butterworth


Danial Saad
am@hmetro.com.my



FORMASI persembahan penerbangan gabungan pesawat pejuang TUDM jenis Sukhoi Su-30MKM, F/A 18-D Hornet, dan Hawk di Pangkalan Udara Butterworth di sini. FOTO Danial Saad




Butterworth: Ruang udara sekitar daerah ini, digegarkan dengan deruman enjin pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang mengadakan latihan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23), sejak minggu lalu.

Antara aset TUDM yang terbabit dalam sesi latihan itu ialah pesawat tempur jenis F/A-18D Hornet dan Sukhoi Su-30MKM yang mempamerkan aksi akrobatik melayang dan menjunam bak helang menyambar.

Turut mencuri tumpuan pesawat pejuang Hawk selain pesawat latihan Pilatus PC-7 MK II, pesawat pengangkut A400M dan Hercules C-130 serta pelbagai jenis helikopter termasuk helikopter terbaharu jenis MD530G.

Tinjauan di sekitar Pangkalan Udara Butterworth mendapati kawasan itu dipenuhi orang ramai yang teruja menyaksikan kehebatan aksi 'burung besi' berkenaan meskipun cuaca panas mencecah 35 darjah Celcius.

Peminat tegar pesawat TUDM, Muhamad Nur Hanis Abdul Rahman, 26, berkata, sejak zaman kanak-kanak lagi dia setia menyaksikan persediaan LIMA di lokasi itu dan amat menantikan aksi mencabar yang ditampilkan juruterbang sama ada secara solo atau berkumpulan.



ORANG ramai menyaksikan pesawat TUDM melakukan latihan di Pangkalan Udara Butterworth di sini. FOTO Danial Saad.

"Semasa kecil bapa sering bawa ke sini, bila dah besar saya datang dengan kawan-kawan dan kami yang berkongsi minat yang sama turut mewujudkan kumpulan WhatsApp serta Facebook bernama 'Geng Bawah Radar' untuk berkongsi maklumat mengenai latihan dijalankan TUDM.

"Paling saya tertunggu-tunggu ialah aksi pesawat Hornet melakukan pecutan sambil melepaskan 'flare' (suar) dan serta pesawat Sukhoi dengan pelbagai gerakan menarik yang langsung tidak menjemukan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Muhamad Nur Hanis berkata, dia bukan sahaja gemar merakam foto momen pesawat menjalani latihan menggunakan kamera miliknya malah turut mempunyai koleksi gambar pesawat tentera luar negara yang menjalani eksasis bersama TUDM.

"Saya juga sanggup mengambil cuti untuk menyaksikan LIMA'2023 di Langkawi, Kedah dan belum pernah terlepas menyaksikannya pameran itu sejak 2017," katanya yang berasal dari Guar Perahu di sini.



PESAWAT TUDM jenis A400M diiringi Pilatus melakukan latihan di Pangkalan Udara Butterworth di sini, menjelang LIMA’23. FOTO Danial Saad

LIMA'2023 yang bertemakan 'Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia' akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei dan akan dibuka untuk pelawat awam pada dua hari terakhir penganjurannya iaitu pada 26 dan 27 Mei ini.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali Rahman, 45, berkata dia yang tinggal berdekatan PU sudah lali dengan bunyi pelbagai pesawat dengan kawasan sawah padi berhampiran rumahnya akan dibanjiri orang ramai setiap kali bermula latihan LIMA.

"Memang setiap kali bunyi pesawat saya akan melihat malah melalui bunyi sahaja kadang-kadang saya sudah boleh mengagak jenis pesawat yang terbang melintasi kawasan ini.

"Bagi saya persembahan pesawat TUDM ini walaupun hampir sama setiap kali LIMA diadakan perasaan menyaksikannya tetap istimewa dan agak mendebarkan," katanya.



PERSEMBAHAN penerbangan pesawat pejuang TUDM jenis F/A 18-D Hornet di Pangkalan Udara Butterworth di sini. FOTO Danial Saad.






Disiarkan pada: Mei 16, 2023 @ 10:58pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.054481 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list