CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

[Kedah] Operasi Ampang Jajar Sungai Muda pulih sepenuhnya esok

[Copy link]
Post time 16-5-2023 09:48 PM | Show all posts |Read mode
Operasi Ampang Jajar Sungai Muda pulih sepenuhnya esok


BERNAMA



GAMBAR fail



Alor Setar: Operasi Ampang Jajar Sungai Muda yang mengalami gangguan teknikal pada sistem automasi kawalan (SCADA) apabila satu pintu kawalan terbuka tanpa sebarang amaran pada malam Sabtu lalu, dijangka pulih sepenuhnya esok.

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penggantian kesemua 14 angkat (actuator) akan disegerakan bagi memastikan sistem dapat berfungsi dan beroperasi dengan baik.

Kenyataan itu menyebut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang membuat siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar gangguan teknikal pada sistem kawalan pintu itu.

"Semua agensi di negeri yang terbabit akan sentiasa memantau perkara ini bagi memastikan sumber dan bekalan air dapat dipulihkan.

"Bekalan dijangka pulih sepenuhnya secara berperingkat di semua kawasan termasuk di hujung sistem agihan bekalan sehingga 17 Mei (esok)," menurut kenyataan itu.

Ampang Jajar Sungai Muda mempunyai 14 pintu kawalan yang akan dibuka dan ditutup mengikut keperluan untuk mengawal pelepasan air bagi kawalan banjir dan operasi air pasang surut.

Satu pintu kawalan yang terbuka tanpa amaran itu menyebabkan air Sungai Muda surut ke paras 0.67 meter berbanding 1.85 meter sebelum kejadian dan Pejabat Lembangan Sungai Muda (PLSM) mengambil tindakan serta merta menutup pintu air itu secara manual pada 7.30 pagi, Ahad lalu.

Pada Ahad itu, Bernama melaporkan kira-kira 252,000 akaun pengguna di tiga daerah iaitu Kuala Muda, Kulim dan sebahagian kawasan Baling terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan penurunan mendadak paras air Sungai Muda.

Sementara itu, kenyataan berkenaan memaklumkan pihak Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) sudah memasang 'Submersible Pump' bagi membolehkan Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi-Tech, Sungai Petani dan Pinang Tunggal beroperasi.

"Pihak SADA juga telah memohon bantuan lori tangki air melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada rakan operator dan turut menggerakkan bantuan lori tangki milik SADA kepada pengguna di kawasan terjejas," menurut kenyataan itu.

Sementara itu SADA melalui laman Facebook rasminya turut memaklumkan LRA Pinang Tunggal, Kulim Hi-Tech dan Sungai Petani pulih sepenuhnya dan mula beroperasi pada kadar maksimum semalam.



Disiarkan pada: Mei 16, 2023 @ 9:06pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.053410 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list