View: 1700|Reply: 11
|
Gol Yang Saya Jaringkan Adalah Untuk Ibu Dan Isteri - Zaquan
[Copy link]
|
|
Gol kemenangan yang dijaringkan kapten Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan Adha Abdul Radzak ketika menentang Kuala Lumpur dalam Liga Super pada Ahad dedikasi ibu dan isterinya.
"Gol yang saya jaringkan adalah untuk ibu dan isteri saya. Menjaringkan gol pada Hari Ibu adalah dedikasi yang sempurna untuk mereka. Mungkin ia juga ditujukan khas untuk anak saya yang baru lahir. Semuanya berjalan dengan lancar dan nasib menyebelahi saya.
IG
“Saya berterima kasih kepada ibu saya Azizah Arshad, dan isteri, Ayu Raudhah kerana doa mereka amat penting kepada saya.
"Mereka sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup saya dan kerjaya saya. Ramai yang bercakap tentang umur saya tetapi saya mengabaikannya.
"Saya hanya melihat usia sebagai satu angka dan yang penting, saya masih mempunyai semangat untuk memberikan segalanya kepada Negeri Sembilan,” kata pemain berusia 35 tahun itu.
Bekas pemain kebangsaan itu menjaringkan gol pada minit ke-70 sebelum skuad The City Boys menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah Zhafri Yahya pada minit ke-87.
Skuad Jang pada mulanya dilihat menamatkan empat perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan namun pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharuddin menjaringkan gol pada minit ke-87, sekali gus sudah cukup memberikan NSFC kemenangan ketiga dalam liga.
Zaquan juga berkata, anak keenamnya yang baru lahir boleh menjadi faktor "tuah" untuknya menamatkan rekod lima perlawanan berturut-turut Kuala Lumpur.
IG
"Kemenangan juga penting kerana kami telah bergelut, terutamanya dalam empat perlawanan liga terakhir. Jadi kemenangan menentang Kuala Lumpur ini adalah dorongan untuk kebangkitan yang lebih kuat,” kongsinya.
Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan mengumpul 13 mata daripada 10 perlawanan dan menduduki tempat kesembilan liga.
Malah, Jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan juga memuji gol dijaringkannya.
"Komen mengenai Zaquan, saya gembira dia mendapat golnya, ia sangat cantik,” ujar Devan dipetik dari The Star
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
Untung ayu disayangi dan beranak sesaja.. berbeza sungguh dgn bekas birasnya.. tp, tak apalah yg pntg bahagia dgn cara masing2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hah? Ada baby lagi Zaquan nih?
Perghhh...hebat beraksi
Setara kehebatan di padang dan di ranjangBoy ke girl anak ke 6 dia?
Skrg ni dah 4 boy 1 girl
|
|
|
|
|
|
|
|
hebat beraksi tapi kecik je kaka...
kecil2 cili padi kot...
sebab kecik2 pun... royani dapat merasa sampai ke harini tak move on move on...
walaupun iols cite ni orang berbeza tapi ke mana tumpahnya small dick kalau bukan ke adik beradik....
mesti kena benam dalam2 si bini takut tak sampai rahim....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat mcm mana...bekas biras janda, tua bertiang pulak tu dari anak bujang
Mak bapak tak suka...tapi anak suka
Last2 berantakan bercerai berai
|
|
|
|
|
|
|
|
Lavender_Violet replied at 16-5-2023 07:33 PM
Hah? Ada baby lagi Zaquan nih?
Perghhh...hebat beraksi
Setara kehebatan di padang dan di ranjangBo ...
Is Boy x silap aq la hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
beranak ramai2... pastu stop.. jaga badan.. letops gitew.. muka dh mmg cantik.. xyh repair dh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya anak dia ramai, ada byk option nnt.
Kecik2 ni penat sikit tapi tak lama pun.
Tau2 dah abis belajar belaka.
Walau anak ramai, Ayu ni dpt je pi cuti sorang2 ngn adik beradik dia aritu kan? Lama gak 20 hari kot takde la terperuk kat umah jaga anak je 24 jam. |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf tanya....anak dia 6 org je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa sangsi? dia ada anak lain ke selain dgn ayu raudah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ehhh...tiba2 pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|