View: 1475|Reply: 6
|
Elly Ariffin Tak Tumpang Glamour Jiggy, Okay Je Nak Jumpa Dengan Dhabitah
[Copy link]
|
|
Elly Ariffin menafikan kenyataannya berhubung perkahwinan bekas suaminya, Jiggy Masin dan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri sekadar menumpang populariti pasangan itu.
Elly terkilan dengan dakwaan itu dan berpendapat tidak salah menumpang gembira untuk bekas suaminya itu.
Foto: IG
"Saya terkilan bila dalam media sosial, ada yang kata saya menumpang populariti Jiggy dan Dhabitah. Mereka mempersoalkan kenapa bila berita perkahwinan mereka sudah viral, kemudian saya muncul dengan beri kenyataan.
"Saya bukan saja-saja beri kenyataan, sebagai orang yang pernah berada dalam hidup dia (Jiggy), mengapa tidak saya berkongsi rasa gembira dengannya. Tidak salah jika sama-sama berkongsi perkara positif. Tidaklah semua bekas isteri itu teruk sangat," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Elly memuat naik ucapan tahniah sempena perkahwinan Jiggy dengan atlet negara itu namun mengundang pelbagai reaksi.
Elly mempunyai hubungan baik dengan bekas suaminya dan terbuka dipertemukan dengan Dhabitah.
"Walaupun sudah berpisah, namun saya dan Jiggy masih berkawan baik. Malah, saya juga terbuka sekiranya Jiggy bawa Dhabitah bertemu saya.
"Malah memang pernah pun Dhabitah ingin berjumpa saya, cumanya waktu itu tidak kesampaian sebab agak sibuk.
"Setiap individu berbeza pendekatan yang mereka lakukan, biarpun saya pernah menjadi isteri Jiggy, tetapi usia saya dan Dhabitah sangat berbeza.
"Saya tidak layak untuk beri nasihat pada Dhabitah, tetapi saya percaya dia ada caranya tersendiri untuk jaga dan pikat hati Jiggy," katanya.
Terdahulu, Jiggy dan Dhabitah selamat melangsungkan pernikahan yang diadakan secara tertutup pada 28 April lalu.
Elly dan Jiggy pernah mendirikan rumah pada 9 September 2016, tetapi bercerai ada Januari 2020. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
jeles la tu ex dah kawin
masih tak move on |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti hari sanding nya, kalau dijemput, boleh lah jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
dia ucap tahniah je kan... eeee motip nak timbul reaksi tak baik apa semua... memang bekas isteri ke somi tak boleh ucap tahniah ke pada bekas pasangan yang mendirikan rumah tangga...
orang putih elok je congrats ex ex theyols kahwin siap datang lagi...
tapi masyarakat melayu dah sinonim dengan kebencian pada bekas pasangan... memang ada je nak melaga laga kan.... betul tak... semua dah tertanam dalam jiwa gittewww... biar mati anak jangan mati adat...
tu yang banyak kes buang anak dengan tinggal anak bagi mati dalam kete... agittewww kaka speku...
|
|
|
|
|
|
|
|
ucap tahniah jer pun okay dah tu.. kira dh move on.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bhitahhh bila blh focus on ur younger years happy2 kejar olympic dah terpalit gosio murahan camni alahaiii what a dissapointment |
|
|
|
|
|
|
| |
|